Pelembap muka kulit kering
Pelembap muka kulit kering adalah penting untuk individu yang mengalami kulit muka yang kering. Pemilihan pelembap muka yang betul boleh membantu

Pelembap muka kulit kering adalah penting untuk individu yang mengalami kulit muka yang kering. Pemilihan pelembap muka yang betul boleh membantu mengatasi masalah yang dihadapi dan mengelakkannya daripada bertambah teruk.

Jadi anda tidak perlu risau lagi, ini merupakan senarai pelembap muka kulit kering yang terlaris di Malaysia.

1. Kiehl’s Ultra Facial Cream

Ia memberikan kelembapan mendalam dan boleh membantu kulit yang paling kering pada wajah anda. Jika anda mempunyai kulit kering, dengan adanya Kiehl’s Ultra Facial Cream ini boleh membantu anda menyelamatkan kulit anda dan menukarkan menjadi lembut dan mulus.

Pada masa yang sama, ia meningkatkan kemampuan kulit untuk mengekalkan kelembapan pada tempoh masa yang lama. Ia membolehkan kulit anda kekal hidrat. Menggunakan Kiehl’s Ultra Facial Cream Moisturizing Cream membuatkan kulit anda terjaga dan sentiasa dilindungi.

2. Neutrogena Hydro Boost

Neutrogena Hydro Boost diformulasikan untuk meningkatkan kelembapan pada kulit jadi ia kekal sihat dan bersinar. Neutrogena mengatakan bahawa ia diformulasikan dengan asid hialuronik yang melembapkan kulit anda 2 kali dalam hanya sejam dan memastikan kulit kekal lembap setiap hari.

Dengan tekstur gel yang ringan membuatkan kulit anda rasa segar sebaik sahaja memakainya. Bangun dengan kulit yang anjal dan bersinar dengan Neutrogena Hydro Boost Water Gel.

3. Innisfree Green Tea Moisturizer

Mempunyai kulit kering sudah cukup menyeksakan ditambah dengan mempunyai kulit sensitif menjadikan lebih teruk. Pada ketika ini Innisfree Green Tea Moisturizer Cream menjadi penyelamat anda!

Dengan ekstrak daun teh hijau daripada Jeju, ia membantu melembapkan kulit anda dengan menghalang kulit anda daripada dehidrasi. Pelembap ini mengandungi teh hijau organik dengan bau semula jadi.

4. Clinique Pep-Start HydroRush Moisturizer

Jika anda masih baharu dalam dunia penjagaan kulit dan ragu-ragu untuk membeli pelembap muka kulit kering gang murah, jadi mari kami bantu anda.

Dengan Clinique Pep-Start HydroRush Moisturizer ia berfungsi dengan baik membantu kulit kering anda. Masih ragu-ragu? Ia mengandungi SPF dan boleh digunakan sebagai pelindung matahari anda, menjimatkan duit anda.

Dan jika semuanya masih tidak cukup, ia kecil dan sangat cukup untuk anda bawa ke mana-mana bersama anda agak kulit anda kekal segar dan lembap sepanjang masa.

5. SIMPLE Protecting Moisture Cream

Apa yang membuatkan SIMPLE Protecting Moisture Cream berbeza daripada pelembap yang lain adalah ia diformulakan dengan bahan yang melindungi kulit anda daripada kerosakan disebabkan matahari.

Sinar UVA dan UVB sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kulit anda menua secara pra matang, jadi sangat penting untuk melindungi kulit anda daripada matahari jika anda keluar atau berada di bawah sinaran matahari sepanjang hari.

Diformulasikan dengan campuran vitamin dan bahan pelembap seperti gliserin dan minyak badan manis. Membuatkan anda kekal tenang kerana ia melengkapi kulit dengan pelbagai kebaikan di samping memastikan kulit anda kekal hidrat dan lembap.

SIMPLE telah diuji secara dermatologi dan disahkan jadi anda tidak perlu khuatir tentang kulit anda dengan menggunakan SIMPLE Protecting Moisture Cream.

6. First Aid Beauty’s Facial Radiance Illuminating Moisturizer

Jika anda mempunyai kulit kering yang kasar dan berbonggol, First Aid Beauty’s Facial Radiance Illuminating Moisturizer adalah yang pelembap muka kulit kering yang sesuai untuk anda.

Pelembap ini dengan tekstur gel berkrim yang mengandungi bahan seperti gatuline radiane dan chromabright yang membantu mencerahkan kulit anda. Selain itu, sodium hyaluronate di dalam krim berfungsi meningkatkan kelembapan kulit anda.

Ramai menggunakan ia sebagai highlighter disebabkan kilauan pada pelembap tersebut membuatkan kulit ada berkilau dan kekal hidrat.

7. OLAY Total Effects Anti-Ageing Night Cream

Ia merupakan pelembap anti penuaan yang sesuai untuk kulit kering. Belajar untuk peperiksaan pastinya membuatkan anda stres, perlu membayar bil bulanan apatah lagi.

Penuaan disebabkan stres boleh berlaku dan daripada semua stress ini hampir mustahil untuk mengelakkan kedutan muncul di wajahnya dan membuatkan kita menghabiskan banyak duit untuk membaiki kekurangan tersebut.

Namun begitu dengan OLAY Total Effects Anti-Ageing Night Cream, kulit anda akan jadi awet muda dalam masa hanya beberapa minggu.

Krim mewah ini memastikan kulit anda kekal tegang dan mengurangkan garis-garis akibat tekanan pada wajah anda. Perkara paling menarik tentang pelembap muka kulit kering ini adalah ia mengandungi bahan semula jadi yang juga sesuai untuk kulit sensitif.

8. Himalaya Intensive Moisturizing Cream

Himalaya Intensive Moisturizing Cream merupakan krim pelembap dan menyuburkan kulit anda secara mendalam, menyelesaikan masalah kulit yang kering anda.

Walaupun konsistensinya yang kaya dan mewah, ia mudah diserap kulit dan tidak menyebabkan ia rasa berminyak sama sekali.

Kulit anda memperoleh semua khasiat diperlukan daripada krim mewah ini dengan adanya minyak badam dan minyak germa gandum yang sangat baik untuk kulit.

Ia sangat sesuai digunakan sebagai krim pelembap harian dan untuk hasil kulit yang lembut dan mulus, terutama bagi anda yang menderita kulit yang sangat kering.

9. SUKIN Moisture Restoring Night Cream

SUKIN Moisture Restoring Night Cream membantu memperbaiki dan melindungi kulit anda pada waktu malam ketika anda tidur. Apa yang dilakukan oleh krim pelembap ini adalah mengembalikan keseimbangan kulit anda dan membuatkan ia bersinar dan bercahaya dengan rupa kulit yang sihat.

Lapisan kelembapan yang melindungi kulit terbentuk pada permukaan kulit anda dan mengunci kelembapan. Hasilnya, anda bangun dengan wajah yang mulus dan lembut yang memancarkan cahaya berseri. Rasa seperti puteri pada setiap pagi apabila anda bangun pagi dengan Sukin Moisture Restoring Night Cream.

10. The Body Shop Aloe Soothing Day Cream

The Body Shop Aloe Soothing Day Cream memberi fokus utama pada kulit jenis kering, sensitif. Pelembap muka kulit kering ini menghidrat dan mengembalikan kelembapan pada kulit anda.

Pelembap ini sangat sesuai digunakan pada kulit kering kerana ia mengandungi aloe vera dan glycerine dengan menghidratkan dan menenangkan kulit kering.

Jika anda tidak menyukai pelembap yang berbau, jadi tidak perlu risau lagi dengan pelembap ini kerana ia mempunyai bau semula jadi dan membantu memberikan keselesaan pada kulit sensitif.

SUMBER

https://findgoodbuy.com/best-moisturizer-malaysia/

https://productnation.co/my/beauty/skin-care/8375/best-face-moisturizer-dry-skin-malaysia/

Summary
Article Name
10 Pelembap Muka Kulit Kering Yang Terlaris
Description
Pelembap muka kulit kering adalah penting untuk individu yang mengalami kulit muka yang kering. Pemilihan pelembap muka yang betul boleh membantu
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: