pad

Tidak dinafikan bahawa penggunaan PAD atau lebih dikenali sebagai tuala wanita adalah sangat penting dalam kehidupan seorang wanita. Ia bukan hanya memberikan perasaan selamat, tetapi juga untuk menjaga kebersihan dan kesejahteraan mereka. Seperti yang telah kita ketahui, wanita kini mempunyai banyak tanggungjawab yang dipikul dalam kehidupan mereka, jadi ia adalah penting untuk mendapatkan produk yang berkualiti supaya kaum wanita tidak perlu berasa bimbang tentang keperluan untuk membeli pad yang bagus setiap bulan.

whisper skin love ultra slim

Whisper Skin Love Ultra Slim Pad

RM29.50

Whisper Skin Love Ultra Slim mempunyai kusyen kering udara lembut yang memberikan keselesaan lembut. Ia mampu menyerap cairan di dalam sebanyak 3 kali lebih banyak daya serap. Ia boleh mengekalkannya rasa nipis kerana penggunaan gel ajaib yang mampu menyerap sebanyak 40 kali beratnya. Produk ini juga mempunyai bau molekul yang unik. Produk ini berukuran sepanjang 24cm dan sesuai untuk digunakan aliran yang normal atau berat.

kotex natural care anti bacteria

Kotex Natural Care Anti Bacteria

RM13.90

Pad Anti Bakteria Kotex Natural Care yang menghalang pertumbuhan bakteria sehingga 99% untuk kesegaran setiap hari. Pad ini menjamin anda akan rasa selamat masa datang bulan dengan alas yang kuat menyerap. Pad ini menawarkan perlindungan yang luar biasa walaupun dengan pergerakan yang lasak. Pad ini mempunyai permukaan kapas lembut yang direka dengan lubang mikro di seluruh permukaannya sebagai pelindung untuk membantu menyerap cecair dengan cepat.

Libresse Slim Wings

Libresse Slim Wing

RM12.50

Pad ini direka secara unik berdasarkan lekukan wanita untuk memastikan ia berada di tempat yang selesa. Bantalan Libresse direka dengan SecureFit, dimana rekabentuk di bahagian depannya lebih lebar untuk pemakaian yang lebih baik, bahagian tengah yang lebih sempit supaya anda memakainya dengan lebih selesa di antara paha dan hujung belakang yang terpisah untuk pemakaian yang dekat dengan punggung. Produk ini juga menggunakan Teknologi SecureFit yang dipatenkan, dilengkapi dengan Saluran Aliran Dalam yang cepat menyerap dan menyalurkan cecair supaya permukaan pad sentiasa kering dan sambil mengelakkan kelembapan pada kulit.

Sofy Day Sanitary Pad

Sofy Cooling Fresh Pad

RM7.00

SOFY Cooling Fresh memberi anda rasa sejuk yang sebenar untuk menghilangkan rasa tidak selesa sewaktu datang haid dengan teknologi Japan Cool Mint Sheet dan Superior Absorption. Oleh itu, anda boleh merasa segar tidak kira betapa sibuk hari anda. Japan Tech Cool Mint Sheet, akan melepaskan rasa sejuk dan penyerapan yang unggul. Anda tidak perlu risau walaupun semasa aliran berat dengan Natural Essential Oil, untuk meredakan kebimbangan anda tentang bau.

Biosilk Herbal Maxi Pad

Biosilk Herbal Maxi Day Pad

RM8.90

Pad ini mempunyai lapisan Herba Asli Tulen untuk membantu dalan penjagaan kebersihan. Ia mempunyai bahan anti-bakteria semula jadi untuk mengurangkan kegatalan, kemerahan dan jangkitan kulit. Produk ini mengurangkan rasa sakit haid, mengurangkan pembuangan yang tidak normal, mengurangkan risiko terkena jangkitan air kencing, mengurangkan kegatalan alat kelamin dan meningkatkan peredaran darah. Ia juga memberi perasaan yang menyejukkan & menyegarkan.

whisper night pad

Whisper Cottony Soft

RM5.50

Pad ini mempunyai reka bentuk curvalicious yang amat
sesuai untuk membantu mencegah kebocoran semasa haid. Bahagian punggung lebih panjang & lebih lebar
hampir 40% untuk perlindungan yang lebih baik. Ia juga mempunyai penghalang anti-kebocoran untuk memberi perlindungan kebocoran apabila dipakai. Losyen dermacare juga ditambahkan ke pad Whisper Cottony Soft Protection Regular untuk kesihatan kulit anda

laurier active comfort

Laurier Active Comfort

RM4.80

Laurier Active Comfort Super Maxi Pad adalah pilihan yang sesuai untuk hari anda yang penuh dengan aktiviti. Pad yang amat lembut ini dilengkapi dengan sistem Quick Lock dan reka bentuk All Round Leak Guard untuk memastikan anda dapat menikmati hari anda sepenuhnya tanpa perlu risau. Pad ini mempunyai sistem kunci pantas permukaan lapisan udara double yang lembut dan kering menyerap darah dengan cepat untuk mengelakkan kebocoran. Pad ini mempunyai ciri anti bunching yang dapat mencegah kebocoran dalam apa jua aktiviti, yang anda lakukan kerana ia dapat mencegah darah merebak ke semua arah.

Cosway Pad

Cosway SC Ultra Thin

RM22.90

Pad ini mempunyai 8 ramuan hebat untuk memberikan kesihatan wanita yang lebih baik & perlindungan kebocoran selama 24 jam; Nano Silver Ion (Ag +) yang berfungsi untuk menghilangkan bakteria dengan berkesan, Tourmaline satu jenis mineral tanah mengeluarkan Inframerah Jauh (FIR) untuk membunuh bakteria, magnet yang akan membantu mengatur aliran darah dan mengeluarkan semua kekotoran dari rahim untuk kesihatan wanita yang lebih baik. Pad ini juga tidak mengandungi klorin, formaldehid, pemutihan pendarfluor, bahan kimia berbahaya dan pelekat beracun.

iLife nano silver pad

Pad Sanitari Anion Nanosilver Inframerah Jauh iLife

RM3.60

Pad ini mempunyai lapan lapisan perlindungan, permukaan 100% kapas yang lembut, filem asas di permukaan yang membolehkan kulit anda senang bernafas, polimer yang mempunyai kuasa penyerapan yang tinggi, mempunyai nano silver anion inframerah jauh dan pelekat yang tidak mempunyai fluoresen. Produk ini jugak mempunyai ciri anti bakteria supaya kulit anda tidak merengsa. Pad ini juga mengandungi resin untuk menyerap cecair dengan efisien, supaya kulit sentiasa rasa kering.

Hebe Anion Ultra Thin

HEBE Anion Ultra Thin Pad

RM16.90

Pad ini mempunyai bahan anti bakteria untuk mengelakkan kegatalan dan bebas bau. Ia juga boleh memperbaiki ketidakselesaan faraj,terutama untuk keputihan dan kekal segar, kering, dan tiada aliran balik.
Produk ini direka bentuk untuk memastikan tiada kebocoran walaupun anda aktif bergerak. Penyerapan segera akan memastikan anda sentiasa selesa tanpa rasa kegatalan atau alergi. Pad ini adalah amat nipis anda tidak akan dapat merasa yang anda sedang memakai pad.

Summary
10 Pad Terbaik Yang Ada Di Pasaran
Article Name
10 Pad Terbaik Yang Ada Di Pasaran
Description
Tidak dinafikan bahawa penggunaan PAD atau lebih dikenali sebagai tuala wanita adalah sangat penting dalam kehidupan seorang wanita. Ia bukan hanya memberikan perasaan selamat, tetapi juga untuk menjaga kebersihan dan kesejahteraan mereka. Seperti yang telah kita ketahui, wanita kini mempunyai banyak tanggunjawab yang dipikul dalam kehidupan mereka, jadi ia adalah penting untuk mendapatkan produk yang berkualiti supaya kaum wanita tidak perlu berasa bimbang tentang keperluan untuk membeli pad yang bagus setiap bulan.
Tagged: