10 manfaat semulajadi susu soya
Susu soya adalah sejenis minuman berkhasiat dihasilkan daripada kacang soya yang direndam, dihancurkan dan direbus bersama air.

Susu soya adalah sejenis minuman berkhasiat dihasilkan daripada kacang soya yang direndam, dihancurkan dan direbus bersama air. Ia juga mungkin mengandungi bahan penebal untuk memastikan ketahanan dan jangka hayatnya. Soya merupakan sumber terbaik bagi asid lemak penting, serat, vitamin, protein dan mineral. Semua nutrient ini memainkan peranan penting dalam memberi tenaga dan mengekalkan fungsi badan dengan baik. Ramai individu bimbang mengenai prosedur penternakan haiwan tenusu moden sehingga mereka perlu mempertimbangkan pengambilan susu lembu. Syukurlah, kini terdapat banyak alternatif bagi susu bagi memenuhi keperluan pemakanan pengguna.

Sebagai contoh, individu yang tidak boleh mengambil laktosa boleh mempertimbangkan susu soya, manakala individu yang mempunyai alahan terhadap soya boleh memilih susu badam atau susu oat. Ia hampir sama dengan susu lembu dari segi keseimbangan nutrien keseluruhannya berbanding produk alternatif susu yang lain. Jadi, bagi anda yang boleh meminum susu soya tanpa kesan sampingan lain, berikut merupakan 12 manfaat menambah susu ini dalam diet anda.

1. Mengurangkan tahap kolesterol

Meminum susu soya secara berkala boleh mengurangkan kadar kolesterol. Berbeza dengan susu lembu biasa, susu soya tidak mengandungi kolesterol dan lemak tepu. Soya mengandungi asid lemak polyunsaturated dan asid lemak monounsaturated yang berkesan untuk menghalang kolesterol daripada memasuki saluran darah. Pengambilannya secara berkala mengurangkan kolesterol jahat dalam darah. Sekiranya anda didagnosis dengan kadar kolesterol tinggi dan menghadapi risiko penyakit jantung koronari, ia merupakan minuman yang paling sesuai buat anda.

Anda juga boleh memelihara jantung anda daripada kolestrol jahat dengan mengambil minuman sihat yang terdapat di farmasi dan saranan doktor anda.


Vitamode Redusterol 30’S

RM 80.90

Minuman sihat jantung yang mengandungi sterol tumbuhan yang berasal dari sayur-sayuran yang terbukti berkesan menurunkan kadar kolesterol darah. Ia menawarkan cara yang selamat dan bebas ubat untuk mengurangkan kolesterol.

Setiap sachet mengandungi:
VEGAPURE® Plant Sterol – 1.0 gm

Dos:
Dewasa: Ambil 1 sachet, 1 hingga 2 kali sehari, dengan atau selepas makan.

2. Menurunkan berat badan

Ia disyorkan bagi individu yang ingin menurunkan berat badan. Ia mengandungi rendah gula berbanding sus biasa. Susu lembu mengandungi 12 gram gula dalam setiap cawan manakala susu soya hanya mengandungi 7 gram gula. Malah, secawan susu ini memberikan 80 kalori kepada tubuh badan anda. Tambahan lagi, ia diperkaya dengan serat. Serat memainkan peranan penting dalam membuatkan perut anda berasa penuh sentiasa justeru itu membantu mengawal berat badan anda.

3. Menguatkan pembuluh darah

Diet pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat boleh merosakkan pembuluh darah dan mengakibatkan haemorrhage dan lesion. Susu soya kaya dengan asid lemak omega-6 dan omega-3 serta phyto-antioxidant yang berfungsi untuk menguatkan lapisan pembuluh darah dan melindungi anda dari serangan radikal bebas.

4. Mengurangkan risiko kanser prostat

Meminum susu soya secara berkala boleh mengurangkan risiko pelbagai masalah kesihatan termasuklah kanser prostat. Hal ini kerana kandungan phytoestrogen yang terdapat dalamnya. Bahan ini memainkan peranan dalam mengurangkan pembentukan testosteron di kalangan lelaki. Terdapat hubungan rapat antara tahap testosterone yang tinggu dengan risiko kanser prostat. Diet yang tinggi soya boleh menghindari kanser prostat.

5. Mengelakkan osteoporosis

Osteoporosis berlaku disebabkan oleh hormon dan penuaan. Kacang soya dan susu soya merupakan sumber terbaik bagi phytoestrogen yang boleh meningkatkan kadar penyerapan kalsium dalam badan dan menguatkan tulang anda. Tambahan lagi, diet yang kaya dengan soya boleh mengawal pengurangan ketumpatan tulang. Susu soya yang ditambah dengan vitamin D tambahan dan kalsium adalah sangat disyorkan.


Biovita Hi Cal Soya Plus 700gm

RM 49.90

Sebagai alternatif yang menyegarkan dan enak untuk tenusu, Hi-Cal Soya Plus menawarkan protein berkualiti tanpa kalori yang berlebihan. Hi-Cal Soya Plus diperkaya dengan kalsium sayuran, nutrien penting yang membantu dalam pengembangan tulang dan gigi yang kuat. Diperbuat daripada kacang soya organik bukan GMO.

6. Melindungi dari sindrom pasca-menopaus

Dalam kes menopaus, tahap estrogen seseorang wanita boleh menurun secara drastik. Penurunan tiba-tiba ini mungkin meletakkan wanita pada risiko perkembangan sindrom pasca-menopaus. Wanita yang mempunyai sindrom ini lebih terdedah kepada penyakit kencing manis, penyakit jantung dan obesiti. Mereka juga senang mengalami perubahan mood, stress, insomnia, kemurungan dan gangguan psikologi yang lain. Pengambilan berkala kacang soya dan susu soya boleh menurunkan risiko sindrom ini. Hal ini demikian kerana kandungan phytoestrogen dalam soya boleh menggantikan kehilangan estrogen dalam badan.

7. Menghindari penyakit buah pinggang dan kencing manis

Makanan berasaskan soya sangat bermanfaat dalam mengelakkan penyakit buah pinggang dan kencing manis. Susu soya dan kacang soya termasuk dalam diet sihat seorang pesakit kencing manis kerana ia mengandungi indeks glisemik yang rendah. Malahan, soya diperkaya dengan serat yang bertindak melambatkan dan merencatkan penyerapan gula.

Untuk memastikan tahap atau kadar gula dalam darah anda dengan tepat adalah dengan menggunakan peralatan atau mesin yang kini terdapat banyak di farmasi. Dengan menggunakannya anda dapat mengenalpasti dengan lebih tepat tahap kadar gula dalam darah anda dengan lebih tepat.


Accu-Chek Guide Meter Standard Set (With Test Strip 50S)

RM 135.00

Diabetes adalah kompleks. Ujian anda tidak semestinya dengan jalur ujian Panduan Accu-Chek. Dengan vial SmartPack yang bebas rasa dan reka bentuk yang membolehkan anda meletakkan setitik darah di mana sahaja di sepanjang hujung jalur, ini adalah kaedah yang mudah untuk menguruskan diabetes anda.

8. Mengurangkan risiko kanser payudara

Wanita yang selalu minum susu soya kurang berisiko menghidap kanser payudara berbanding wanita yang tidak minum susu soya. Anda disyorkan untuk minum secawan susu soya setiap hari atau tambahkan kacang soya dalam resepi yang berbeza bagi mengelakkan kanser payudara.

9. Melindungi kesihatan mental

Stres, kemurungan dan gangguan psikologi yang lain merupakan penyebab utama tabiat bunuh diri dan kematian. Susu soya boleh menyediakan kelebihan terhadap kesihatan mental dan mengurangkan risiko bunuh diri kerana ia penuh dengan pelbagai mikronutrien seperti vitamin D, vitamin B dan magnesium.

10. Meningkatkan sistem imun

Susu soya dianggap sebagai peningkat sistem imun yang berkesan. Protein dalam susu soya diformulasikan dan seterusnya menjadi antibodi. Pengambilan harian susu ini boleh meningkatkan dan memperbaiki fungsi sistem imun anda.

Ia boleh diminum bagi memastikan kesihatan yang baik. Walau bagaimanapun, pastikan anda mengelakkan produk susu soya yang diproses kerana bahan-bahan tambahan seperti perasa tiruan dan gula yang boleh memburukkan penyakit kencing manis. Sekiranya anda sensitif terhadap estrogen, anda pelu mengurangkan atau menghindari pengambilannya.


Hei Hwang Organic Soya Bean Powder No Sugar 500g

RM 13.50

Hei Hwang Instan Soyabean Powder diperbuat daripada kacang soya dari kawasan China Timur Laut yang tidak tercemar. Hei Hwang Instant Soyabean Powder dihasilkan dengan proses lanjutan dengan mengukus, mengeringkan beku & kemudian mengisar keseluruhan kacang menjadi serbuk. Dengan proses khas ini, nutrien & serat yang terkandung dalam Hei Hwang Instant Soyabean Powder dapat diserap oleh badan dengan mudah. Ia sememangnya makanan kesihatan yang ideal untuk orang dari semua peringkat umur & vegetarian.

Susu ini merupakan minuman yang sedap dan berkhasiat untuk seluruh keluarga anda. Ia mengandungi pelbagai kelebihan menarik bagi kesihatan seseorang. Tambahan lagi, ia sangat sesuai dinikmati ketika musim panas atau sejuk.

Sumber

https://www.livestrong.com/article/425074-soy-milk-advantages-and-disadvantages

https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/pros-cons-soy-milk

https://www.healthline.com/nutrition/soy-good-or-bad

https://doctor.ndtv.com/living-healthy/7-proven-health-benefits-of-soy-milk-1816410

Summary
10 Manfaat Semulajadi Susu Soya
Article Name
10 Manfaat Semulajadi Susu Soya
Description
Susu soya adalah sejenis minuman berkhasiat dihasilkan daripada kacang soya yang direndam, dihancurkan dan direbus bersama air.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: