10 Manfaat Makan Timun Jepun Yang Anda Perlu Tahu
Sekiranya anda ingin menjadikan diet anda lebih sihat dengan menambahkan lebih banyak sayur-sayuran ke dalam hidangan anda, timun jepun merupakan pilihan yang terbaik.

Sekiranya anda ingin menjadikan diet anda lebih sihat dengan menambahkan lebih banyak sayur-sayuran ke dalam hidangan anda, timun jepun merupakan pilihan yang terbaik. Timun, secara umumnya digunakan secara meluas dalam diet tradisional dan spa di seluruh dunia kerana ia adalah bagus untuk manfaat kesihatan.

Menurut kajian, timun Jepun dikatakan mempunyai kelebihan berikut: Antidiabetes, antioksidan, membersihkan toksin dan bahan buangan, melegakan iritasi kulit dan mengelakkan sembelit. Jadi, dalam artikel ini kami senaraikan 10 kelebihan timun Jepun dengan lebih terperinci.

1. Mengekalkan penghidratan badan

Timun jepun mengandungi sebanyak 95.2 peratus air, maksudnya setiap 5 auns hidangan mengandungi 150 ml air. Jumlah ini sudah menepati 26 peratus pengambilan air harian melalui makanan.

2. Menyokong kesihatan jantung

Timun jepun mengandungi kalium (152mg setiap cawan), yang boleh menurunkan tekanan darah. Satu ulasan kajian yang dijalankan ke atas pengambilan kalum menunjukkan pengambilan kalium yang tinggi dikaitkan dengan kadar strok yang rendah dan juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

3. Melindungi otak daripada penyakit neurologi

Terdapat sejenis bahan antiradang yang digelar fisetin dalam timun jepun, yang turut didapati dalam buah strawberi dan anggur. Baru-baru ini, kajian mendapati fisetin memainkan peranan penting dalam kesihatan otak. Ia mempunyai keupayaan untuk mengurangkan impak penyakit neurologi yang berkaitan umur dalam fungsi otak. Selain itu, ia juga membantu mengekalkan fungsi kognitif bagi individu yang menghidap penyakit Alzheimer.

4. Melindungi kulit daripada kesan penuaan

Terdapat sebab mengapa timun digunakan dalam produk penjagaan kulit, ia telah dibuktikan berkesan sebagai bahan anti-kedutan dalam produk kosmetik, justeru itu melindungi kulit anda daripada kesan penuaan

5. Melawan keradangan dalam badan dan mengurangkan risiko kanser

Timun Jepun membantu mengurangkan tindak balas keradangan dalam badan. Ia mengandungi polifenol yang digelar lignan yang mana berfungsi untuk menurunkan risiko kanser tertentu dan kanser kardiovaskular.

Tambahan lagi, timun Jepun turut mengandungi nutrien tumbuh-tumbuhan yang dipanggil cucurbitacins yang mempunyai ciri anti-kanser.

6. Melegakan kesakitan

Flavonoid, iaitu sejenis bahan antiradang, dan tannin dalam timun Jepun boleh mengehadkan pembebasan radikal bebas dalam badan serta mengurangkan kesakitan.

Seperti yang dijelaskan dalam Journal of Young Pharmacists, tumbuhan ini secara tradisional digunakan untuk sakit kepala, kerana bijinya menyejukkan dan bersifat diuretic manakala jus buahnya digunakan sepagai losyen anti jerawat.

7. Mengurangkan nafas berbau

Nafas berbau selalunya disebabkan oleh bakteria dalam mulut. Sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan air seperti timun Jepun boleh meningkatkan penghasilan air liur dalam mulut. Sementelah itu, air liur membantu membasuh segala bakteria yang menyebabkan bau kurang enak dalam mulut.

8. Melindungi tulang

Timun Jepun merupakan sumber terbaik bagi vitamin K. Satu cawan timun Jepun mengandungi 22 peratus pengambilan harian vitamin K yang disyorkan. Vitamin ini penting untuk kesihatan tulang kerana jumlah vitamin K yang rendah sering dikaitkan dengan risiko yang tinggi terhadap keretakan tulang. Bahkan, vitamin K dikatakan penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium dalam tulang.

9. Mengelakkan sembelit

Timun Jepun diperkaya dengan air dan kulitnya mengandungi serat tidak larut. Kedua-duanya membantu makanan bergerak melalui saluran pencernaan dengan cepat dan lebih mudah bagi mengelakkan sembelit.

10. Mengekalkan berat badan yang sihat

Timun Jepun mempunyai kalori yang rendah (16 kalori setiap cawan) dan kulitnya juga diperkaya dengan serat. Makanan yang mengandungi serat boleh mengekalkan berat badan yang sihat.

Pelbagai cara anda boleh menikmatinya, sama ada dihidang mentah dalam salad dan hidangan makanan anda, ditapai seperti jeruk, atau sebagai jus sayuran. Jika boleh, pilihlah yang organik berbanding yang ditanam secara komersial oleh kerana timun telah dinobatkan sebagai makanan ke-9 yang paling tercemar oleh Environmental Working Group. 

Sumber

https://www.healthline.com/nutrition/7-health-benefits-of-cucumber

https://www.medicalnewstoday.com/articles/283006

https://www.livescience.com/51000-cucumber-nutrition.html

https://www.webmd.com/food-recipes/cucumber-health-benefits

Summary
10 Manfaat Makan Timun Jepun Yang Anda Perlu Tahu
Article Name
10 Manfaat Makan Timun Jepun Yang Anda Perlu Tahu
Description
Timun Jepun, secara umumnya digunakan secara meluas dalam diet tradisional dan spa di seluruh dunia kerana ia adalah bagus untuk kesihatan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: