Maksud Nama Dalam Islam

Maksud nama dalam islam amatlah penting, namun masih ramai yang tidak tahu kepentingannya. Nama adalah identiti pengenalan diri yang asas bagi sekalian manusia. Dengan namalah kita dapat membezakan diri kita dengan orang lain secara jelas.

Khusus buat yang beragama Islam, pemilihan nama sering menjadi persoalan yang mustahak. Bahkan, pemilihan nama yang memiliki maksud yang baik-baik adalah sangat digalakkan buat pasangan ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata.

Nama mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seorang insan. Dengan nama itulah dia akan dikenali. Dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari akhirat. Kerana itu nama bukan perkara kecil. Malahan ia boleh melibatkan hukum larangan jika nama yang diberikan itu tidak menepati ajaran Rasulullah S.A.W.

Nama juga merupakan simbol khusus yang dapat membezakan diri seseorang itu daripada orang lain. Bahkan dengan nama juga seseorang itu boleh dikenali agamanya, sama ada Islam ataupun bukan. Nama juga boleh mempengaruhi atau mencerminkan sifat dan keperibadian orang yang empunya nama.

Oleh sebab itu, nama merupakan antara perkara yang terawal sekali diberi perhatian untuk anak yang baru lahir. Sejak anak damit masih dalam kandungan lagi para ibubapa sudah mencari dan merancang dengan teliti nama yang akan diberikan kepada anak mereka yang akan lahir.

“Anak-anak adalah penyejuk mata dan mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup kita.”

Nama adalah penting kerana ia mampu menjadi sumber kepada keberkatan hidup. Jika baik erti namanya, baik jugalah budi pekertinya, hendaknya.

Trend menamakan anak dengan nama-nama yang panjang lagi susah disebut eloklah difikirkan. Sebutan yang salah akan menukar makna nama tersebut kepada makna yang lain pula. Oleh itu, Islam telah menyediakan panduan yang khusus dan hukum-hukum yang berkaitan dengan pemberian nama ini.

Nabi S.A.W mendorong kita untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anak. Berikut adalah 10 nama islamik -dengan maksud nama dalam Islam (membawa erti kebaikan dan kemegahan) yang sering digunakan oleh keluarga Muslim, terutamanya di Malaysia.

Mari ketahui maksud nama-nama tersebut!

RAYAN

Maksud: Pintu gerbang di Syurga yang dikhaskan untuk mereka yang sering berpuasa / kemegahan

Aiza

Maksud: Bangsawan / Wanita dengan kualiti yang luar biasa / Wanita yang baik

Maryam

Maksud: Wanita Murni / Soleh / Wanita Laut / Laut Pahit

Sufian

Maksud: Bergerak pantas / Ringan / Lincah

Hasan

Maksud: Menjadi Cantik / Menjadi baik

Talha

Maksud: Jenis Pokok / Pokok Buah Dari Syurga / Nama Sahabat

Zahid

Maksud: Taat kepada Tuhan / Setia

Asma

Maksud: Cemerlang / Mulia / Tersohor / Berharga / Lebih Tinggi / Lebih Mulia / Lebih Terkenal

Aafiya

Maksud: Kesihatan /  Bin Ayyub Mempunyai Nama Ini (dia adalah perawi Hadis)

Huda

Maksud: Bimbingan Yang Betul / Bimbingan Yang Benar / Bimbingan Ke Arah Yang Baik

Semoga maksud nama-nama ini mampu dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh empunya nama. Para ibu bapa juga boleh menjadikan artikel ini rujukan untuk memberi nama kepada bayi mereka yang mempunyai maksud baiknya tersendiri di masa akan datang!

Tak kisahlah sedap atau tidak bunyi sesuatu nama itu, namun apa yang terpenting sekali adalah maksud yag dikandungkan nama tersebut -agar hidup sentiasa diberkati dan dipanggil dengan panggilan yang baik-baik.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pilihlah nama-nama yang baik untuk anak anda. Hal ini kerana apa pun, kita kena ingat bahawa nama itu suatu doa. Jadi, letaklah nama supaya orang mendoakan anak kita dengan sifat-sifat yang sangat bagus. Semoga bermanfaat.

SUMBER

https://hamariweb.com/names/muslim/

http://mufti.perak.gov.my/rakyat/koleksi-umum/artikel-khas/560-menamakan-anak-panduan-dan-hukumnya-bab-1

https://www.sinarharian.com.my/article/66190/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Usah-bubuh-nama-sedap-yang-tiada-maksud

Summary
10 Maksud Nama Dalam Islam Buat Anak Yang Soleh/Solehah
Article Name
10 Maksud Nama Dalam Islam Buat Anak Yang Soleh/Solehah
Description
Maksud nama dalam islam amatlah penting, namun masih ramai yang tidak tahu kepentingannya. Nama adalah identiti pengenalan diri yang asas bagi sekalian manusia. Dengan namalah kita dapat membezakan diri kita dengan orang lain secara jelas.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: