Makanan Mencegah Buasir
Makanan mencegah buasir penting bagi anda yang mengalami penyakit buasir dengan simptom seperti kesakitan, pendarahan dan kegatalan.

Makanan mencegah buasir penting bagi anda yang mengalami penyakit buasir dengan simptom seperti kesakitan, pendarahan dan kegatalan. Keadaan ini sudah tentu membuatkan anda jadi tidak keruan bukan?

Buasir adalah keadaan di mana terdapat saluran yang membengkak di dalam dubur dan bahagian bawah rektum anda. Ia boleh mengakibatkan darah beku atau bonjolan jika dibiarkan tanpa rawatan.

Tahukah anda terdapat beberapa makanan yang boleh mengurangkan simptom buasir bahkan juga mencegahnya?

Mari kita lihat 10 makanan yang bagus untuk mencegah buasir:

1. Kekacang (Legumes)

Apabila anda ingin mengelakkan buasir anda menjadi semakin serius, perkara penting yang anda perlu lakukan adalah memastikan diri anda mendapat kandungan serat yang mencukupi.

Terdapat dua jenis serat iaitu serat larut dan serat tidak larut. Serat larut membentuk gel dalam saluran pencernaan anda dan boleh dicerna oleh bakteria baik. Manakala, serat tidak larut pula membantu melembutkan dan mengumpulkan najis anda (bulk-up). Bagi menjamin kesihatan yang baik, anda memerlukan kedua-dua jenis serat tersebut.

Kekacang adalah benih tumbuhan yang boleh dimakan dan berasal dari spesies ‘fabaceae’. Ia termasuklah lentil, kacang pis, kacang soya, kacang tanah dan kacang kuda. Selain itu, kekacang juga dipenuhi dengan kandungan serat terutamanya serat larut.

Sebagai contoh, 1 cawan lentil yang dimasak mengandungi 16gram serat. Jumlah ini merupakan separuh daripada jumlah pengambilan serat harian yang disyorkan. Kebanyakan individu dewasa perlu mengambil antara 21 hingga 38gram kekacang setiap hari. Walau bagaimanapun, jumlah pengambilan harian berbeza mengikut umur dan jantina.

Lentil dan kekacang lain boleh memukalkan najis anda yang seterusnya melancarkan proses pembuangan air besar. Ini merupakan makanan mencegah buasir yang boleh melegakan simptomnya sekali.

2. Bijirin penuh (Whole grains)

Sama seperti kekacang, bijirin penuh mempunyai khasiat yang banyak terutamanya bagi individu yang mempunyai buasir. Ia terdiri daripada komponen seperti germa, bran dan endosperma yang dipenuhi dengan serat. Di samping itu, bijirin penuh kaya dengan serat tidak larut. Serat jenis ini membantu proses pencernaan serta dapat mengurangkan kesakitan berkaitan buasir.

Namun, anda harus ingat bahawa bijirin penuh bukan sahaja terhad kepada tepung gandum dan roti. Walaupun kedua-dua makanan tersebut merupakan pilihan yang baik, bijirin penuh juga termasuklah barli, jagung, quinoa, beras perang dan oat.

‘Oatmeal’ merupakan pilihan makanan mencegah buasir yang terbaik untuk mengurangkan simptom buasir. Ia mengandungi sejenis serat larut khas digelar beta-glucan. Beta-glucan berfungsi sebagai prebiotik yang bagus bagi menggalakkan perkembangan bakteria baik dalam usus.

Sekiranya anda mahu membeli ‘oatmeal’, ingat petua ini. ‘Steel-cut’ oat mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak tetapi ia kurang diproses. Ia juga megandungi 5gram serat bagi setiap 1/4 cawan hidangan oat (40 gram), berbanding 4gram oat yang cepat dimasak (quick-cook) atau ‘rolled oat’.

3. Brokoli dan sayuran jenis ‘cruciferous’

Sayuran ‘cruciferous’ termasuklah brokoli, kobis bunga, kobis brussel, bok choy, kailan, kobis, arugula, lobak putih dan turnip. Di samping diketahui dapat mencegah kanser, sayuran sebegini juga membekalkan banyak jumlah serat tidak larut.

Sebagai contoh, 1 cawan (76gram) brokoli mentah mengandungi 2gram serat larut. Ini akan memudahkan pengeluaran najis daripada dubur. Tambahan lagi, sayuran jenis ‘cruciferous’ mengandungi glukosinolate iaitu sejenis bahan kimia tumbuhan yang boleh dipecahkan oleh bakteria dalam usus anda. Satu kajian yang dijalankan terhadap 17 individu dewasa telah mendapati bahawa peningkatan pengambilan sayuran ‘cruciferous’ dengan nisbah 6:4 per paun (14gram setiap kg) berat badan dapat meningkatkan kepelbagaian mikrobiota usus dalam masa 2 minggu.

Seterusnya, kepelbagaian mikrobiota usus pula dikaitkan dengan sistem gastrousus yang lancar serta peningkatan imuniti. Oleh itu, sayuran ‘cruciferous’ yang kaya dengan serat tidak larut merupakan antara pilihan terbaik bagi mencegah buasir.

4. Sayur articok

Sayur articok sememangnya diperkaya dengan serat. Sebatang sayur articok mentah (128gram) mengandungi sebanyak 7gram serat. Seperti makanan tinggi serat yang lain, serat dari articok membantu memberi makan kepada bakteria baik dalam usus anda.

Kajian yang dilakukan telah mendapati bahawa inulin, iaitu sejenis serat larut merupakan makanan mencegah buasir yang dapat meningkatkan jumlah bakteria baik dalam usus. Kedua-dua bakteria ini diperlukan untuk mencegah dan menghilangkan simptom buasir dengan memastikan usus anda berada dalam keadaan sihat setiap masa.

5. Sayuran berakar

Sayuran berakar seperti keledek, lobak putih, ubi bit, lobak merah dan kentang memang diperkaya dengan nutrien sihat. Sayur-sayuran ini mengandungi kandungan serat sebanyak 3 hingga 5gram dalam setiap hidangan. Bagi kumpulan ubi, pastikan anda memakan kulitnya sekali kerana kebanyakan serat terdapat pada kulitnya.

Tambahan lagi, kentang yang dimasak dan disejukkan mengandungi sejenis karbohidrat iaitu perintang kanji. Apabila dimakan, ia akan melalui saluran pencernaan anda tanpa perlu dicerna. Sama seperti serat larut, ia membantu memupuk bakteria baik dalam usus. Keadaan ini boleh mengurangkan sembelit dan melegakan simptom buasir.

Cara terbaik untuk menerapkan sayuran berakar ke dalam diet anda adalah dengan memanggang, stim, menumis atau merebus kulitnya bersama sekali. Sayuran jenis ini juga lazat sekiranya dilenyek (mashed), dipotong dan digoreng sebagai pengganti kepada ‘fries’ biasa.

6. Labu

Dari musim panas hingga ke musim sejuk, labu biasanya menjadi penyeri dalam masakan anda. Terdapat pelbagai jenis labu yang boleh dipilih seperti labu kuning, ‘zucchini’, labu ‘acorn’, labu ‘butternut’ dan labu biasa (pumpkin). Jika labu-labu ini dibandingkan antara satu sama lain, labu ‘acorn’ mengandungi jumlah serat yang paling banyak iaitu sebanyak 9gram bagi setiap cawan (205gram).

Anda boleh menikmati hidangan labu dengan pelbagai cara yang menyelerakan seperti dibakar, tumis atau direbus. Tidak mengambil kira cara ia dihidangkan, nutrien dalam labu boleh mengawal pergerakan usus anda sambil mencegah berlakunya buasir.

7. Lada benggala

Anda pasti terkejut, kerana lada biasanya merupakan bahan yang pedas. Bolehkah ia membantu mencegah buasir? Ya, lada benggala boleh membantu mencegah penyakit buasir. Tahukah anda setiap cawan (92gram) lada benggala yang dihiris memberikan sebanyak 2gram serat? Walaupun kandungan seratnya tidaklah sebanyak sayuran lain dalam senarai ini, lada benggala mengandungi jumlah air yang banyak, iaitu 93%! Seiring kelebihan serat, penghidratan yang cukup juga memudahkan najis anda keluar melalui dubur sekaligus boleh mencegah buasir.

8. Saderi (Celery)

Seperti lada benggala, saderi mengandungi kandungan air dan serat yang banyak. Pengambilan saderi yang cukup boleh melembutkan najis dan menghilangkan rasa ingin meneran najis yang teruk.

Sebatang saderi (28 hingga 31cm) memberikan sebanyak 1gram serat dan mengandungi 95% air. Anda boleh makan sayur rangup ini dengan cara menghirisnya ke dalam salad anda, tambahkannya ke dalam sup atau celupkannya ke dalam sos kegemaran anda.

9. Tembikai dan timun

Tembikai dan timun berasal dari keluarga ‘Cucurbitaceae’. Kedua-dua ini mempunyai persamaan seperti lada benggala dan saderi. Malah, kedua-duanya juga lazat dimakan dan mengandungi kandungan serat dan air yang banyak.

Apabila anda menikmati timun, pastikan anda memakan kulitnya sekali kerana di situlah segala serat yang bagus terkandung!

10. Epal

Buah epal memang terkenal dengan kandungan serat yang banyak. Sebiji epal bersaiz sederhana sahaja mengandungi 5gram serat. Tambahan lagi, segelintir serat di dalamnya adalah jenis ‘pectin’ iaitu serat larut yang menghasilkan gel dalam saluran pencernaan. Ia dapat melembutkan najis, melegakan simptom meneran dan meredakan ketidakselesaan berkaitan dengan buasir. 

Sumber:

https://www.webmd.com/digestive-disorders/best-worst-foods-hemorrhoids

https://www.healthline.com/nutrition/food-for-piles

https://www.everydayhealth.com/news/six-easy-ways-prevent-hemorrhoids/

https://www.drbatras.com/foods-to-eat-and-avoid-if-you-are-suffering-from-piles

Summary
Article Name
10 Makanan Mencegah Buasir Yang Patut Dimakan Kerap
Description
Makanan mencegah buasir penting bagi anda yang mengalami penyakit buasir dengan simptom seperti kesakitan, pendarahan dan kegatalan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: