10 lokasi jungle trekking di lembah klang
Bagi individu yang mencintai alam semula jadi dan ingin meneroka lebih banyak mengenainya, melakukan jungle trekking di hutan pasti merupakan pilihan yang baik untuk anda.

Bagi individu yang mencintai alam semula jadi dan ingin meneroka lebih banyak mengenainya, melakukan jungle trekking di hutan pasti merupakan pilihan yang baik untuk anda. Selain dapat meneroka keindahan alam, anda juga dapat mengamalkan gaya hidup sihat yang baik untuk tubuh dan minda. Beristirahatlah dari bandar yang sibuk sebentar dan mari teroka alam semula jadi yang ada.

Sekarang, berikut adalah senarai tempat yang boleh anda kunjungi untuk melakukan jungle trekking dengan keluarga atau rakan anda:

1. KL Forest Eco Park

Ia terletak tidak jauh dari Menara Kuala Lumpur, KL Forest Eco Park adalah salah satu hutan simpan kekal tertua di negara ini. Malah, lokasi terbaik untuk menikmati pemandangan KL Skyline adalah di Canopy Walk, iaitu jambatan kayu dan keluli setinggi 200 meter. Taman ini juga bagus untuk berjalan santai serta tidak begitu mencabar bagi pendaki baru.

2. Bukit Gasing

Bukit ini terletak di tengah-tengah Jalan Gasing, Petaling Jaya. Ini adalah kawasan mendaki yang cukup sederhana dan merupakan tempat yang baik bagi mereka yang baru ingin melakukan jungle trekking. Bukit Gasing juga merupakan tempat yang sesuai untuk kanak-kanak yang belajar mendaki buat pertama kalinya. Di akhir trek tersebut, akan ada satu menara tinggi yang menghadap ke seluruh Petaling Jaya dan sangat indah untuk dilawati.

3. Bukit Broga

Bukit Broga adalah salah satu tempat terbaik untuk mengikuti aktiviti jungle trekking memandangkan ia tidak jauh dari Kuala Lumpur. Tingginya hanya 400 meter (1312 kaki) dan mudah didaki dalam satu jam tetapi masih curam dan cukup mencabar bagi seorang pemula. Matahari terbit yang indah di puncak Bukit Broga juga pastinya membuatkan anda berasa berbaloi untuk bangun dan memulakan pendakian pada awal waktu pagi.

4. Hutan Simpan Ayer Hitam

Sekiranya Bukit Gasing tidak cukup mencabar untuk anda, anda mungkin boleh pergi ke Hutan Simpan Ayer Hitam atau juga dikenali sebagai Bukit Wawasan Puchong. Bukit ini adalah sedikit lebih curam daripada tetapi masih sesuai untuk pemula. Bukan hanya itu, pemandangan kawasan Puchong pada ketinggian yang tinggi pastinya sangat mengagumkan buat anda.

5. Bukit Jugra

Terletak di pinggir Selangor, Bukit Jugra mengalu-alukan pemula setiap hari. Laluan di sini adalah jelas serta walaupun memerlukan sedikit usaha di bahagian lerengnya, anda akan merasa ia cukup mudah untuk dilakukan kerana hanya terdapat sedikit halangan seperti akar pokok. Unsur menarik mengenai lokasi ini adalah peluang melakukan paralayang berhampiran menara cahaya di atasnya.

6. Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) Kepong

Dengan bayaran yang tidak mahal, pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti seperti berjoging, mendaki, berbasikal atau berjalan-jalan santai melalui taman-taman yang indah di sini. Bagi penggemar jungle trekking, anda boleh mencuba Keruing Trail yang bermula dari rumpun buluh raksasa berhampiran kolam ikan. Laluan ini juga adalah laluan tertua di FRIM yang dibuka untuk kehadiran orang ramai.

7. Taman Botani Negara Shah Alam

Hanya terletak sejam dari pusat bandar, Taman Botani Shah Alam adalah tempat yang popular di kalangan penduduk tempatan untuk bersantai bersama keluarga. Taman ini menjadi habitat penting bagi banyak haiwan liar di rantau ini, termasuklah burung hutan di dataran rendah, serangga dan mamalia kecil seperti kera, tupai dan cicak monitor. Pengunjung juga akan menemui pelbagai arboretums, beberapa kolam dan tasik serta juga taman haiwan di perkarangan tersebut.

8. Hutan Lipur Kanching

Ini adalah tempat berkelah yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Ia adalah hutan simpan yang terletak di utara Kuala Lumpur. Pada hujung minggu, kawasan ini penuh dengan orang-orang yang ingin melarikan diri dari hutan konkrit dan membenamkan diri sepenuhnya di alam semula jadi. Tempat ini juga terkenal untuk mereka yang ingin berkhemah kerana terletak berhampiran dengan air terjun yang sangat cantik.

9. Bukit Besi

Tempat ini mungkin tidak begitu dikenali seperti tempat-tempat lain di Kuala Lumpur dan Selangor tetapi ia juga merupakan tempat yang luar biasa untuk penggemar jungle trekking. Untuk mengalaminya sendiri, anda boleh pergi ke jalan di sebelah Altitude 236 Condominium) dan berjalan sehingga anda sampai ke tangki takungan air. Belok kanan dan terus berjalan sehingga anda melihat pemandangan bandar.

10. Taman Templer

Di Taman Templer, terdapat satu jalan utama yang menuju ke sekitar bukit. Ia juga dikenali sebagai Taman Rimba Templer dan jaraknya terletak kira-kira 20km dari pusat Kuala Lumpur. Laluan hutan yang mudah dan berakhir di air terjun pastinya bagus untuk menyejukkan badan.

SUMBER

https://discoverkl.com/2017/01/10/hikes-klang-valley-beginner-intermediate-expert/

https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/the-10-best-hikes-and-walks-in-and-around-kuala-lumpur/

https://www.malaysia-traveller.com/hiking-trails-near-KL.html

https://www.havehalalwilltravel.com/hiking-trails-in-kl-and-selangor

Summary
10 Lokasi Jungle Trekking di Lembah Klang
Article Name
10 Lokasi Jungle Trekking di Lembah Klang
Description
Melakukan jungle trekking pastinya satu aktiviti yang menyeronokkan. Jom ketahui 10 lokasi jungle trekking di Lembah Klang yang anda boleh kunjungi.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: