10 Kuih Tradisional Kelantan Sedap Dan Wajib Cuba

kuih tradisional kelantan

Kelantan mempunyai banyak lauk pauk dan sehingga kembang ke negeri-negeri lain. Kuih tradisional Kelantan juga mempunyai pelbagai jenis.

Terdapat Kuih tradisional Kelantan mempunyai nama yang unik tetapi rasayanya sedap. Jika anda ada peluang melancong ke Kelantan, anda jangan lupa merasa kuih tradisional mereka.

10 Jenis Kuih Tradisional Kelantan

Kuih Tradisional Kelantan – Tahi Itik

Berkemungkinan nama kuih ini yang agak ngeri menjadikan kuih ini sangat popular. Hanya kuih Kelantan ini termasuk di dalam lirik lagu Jalil Hamid yang bertajuk Makan disebabkan kengerian namanya.

Kuih ini merupakan sejenis telur putih yang dimasak dengan mengacau secara berterusan .Akhirnya, kuih ini akan kelihatan bertempek-tempek seperti tahi itik.

Kuih Tradisional Kelantan – Pulut Panggang

Sebelum dibakar di atas bara api, pulut yang berinti sambal ikan akan digulung dengan daun pisang. Rasa pulutnya di Kelantan lebih manis walaupun dari luar pulut ini kelihatan sama dengan Pulut Leppe di Terengganu.

Inti ikan atau kelapa di Terengganu yang berwarna kelabu tetapi inti ikan atau kelapa di Kelantan kebanyakan berwarna merah keperangan .

Kuih Tradisional Kelantan – Lompat Tikam

Sejenis kuih yang dimakan dengan kuahnya. Kuah tersebut yang manis dimasak menggunakan gula melaka

Isi pulut merah dalam Lompat Tikam di Kelantan menjadikannya lebih berwarna warni bersama potongan adunan tepung kuihnya yang berwarna hijau dan putih.

Kuih Tradisional Kelantan – Kuih Topi

Kuih yang agak unik. Oleh sebab bentuk kuih ini seperti topi apabila digoreng,ia diberi nama Kuih Topi. Kalau kuih ini dimakan sebaik lepas digoreng, ianya rasa lemak berkelapa dan sedap.

Kebiasaannya anda dapat melihat penjual kuih ini mempunyai beberapa biji kuali di atas meja gerainya di pasar-pasar. Ini adalah untuk memudahkan mereka untuk menggoreng Kuih Topi sekiranya ada yang nak membeli.

Kuih Tradisional Kelantan – Kuih Tradisional Kelantan -Etok Salai

Etok Salai biasanya dimakan sebagai makanan santai dan merupakan sejenis hidupan bercengkerang yang disalai . Rasanya lemak masin dan berbau wangi serai .Ketika cuaca sejuk selepas hujan, Etok Salai ini paling sedap dimakan panas-panas .

Oleh keerana cengkaman cengkerangnya yang agak kuat kalau nak dibanding dengan kerang menjadikan etok ini merumitkan apabila dimakan. Seseorang boleh cuba menggunakan tukul jika tiada gigi semasa menikmati etok salai ini.

Kuih Tradisional Kelantan -Ketupat Sotong

Bukan sahaja pada musim perayaan, ketupat Sotong juga merupakan hidangan yang sering menjadi santapan masyarakat Kelantan .Sotong segar bersaiz sederhana besar digunakan untuk menghasilkan hidangan ini.

Selain sotong, beras pulut yang akan diisi ke dalam sotong tersebut turut digunakan, kemudiannya gula Melaka digunakan untuk masak sebagai manisan. Air manisan ini turut ditambah dengan beberapa bahan lain untuk memberikan rasa yang lebih mengagumkan.

Kuih Tradisional Kelantan -Kuih Jala Mas

Kuning telur digunakan sebagai bahan utama Kuih Jala Mas . Ia merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dimasak dalam air gula.

Semasa air gula sedang mendidih, Kuning telur tersebut diuraikan ke dalamnya. Ia dibiarkan seketika dan kemudiannya adunan tersebut boleh diangkat. Ia juga ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas yang tersedia.

Kuih Bunga Tanjung

See Also

Kuih bunga Tanjung yang menggunakan telur bersama tepung merupakan pencuci mulut dari Kelantan. Kuih ini akan disira bersama air gula yang ternyata agak manis.

Kuih bunga Tanjung ini akan dibentukkan dengan bentuk seperti titisan air yang berwarna kuning. Bukan itu sahaja, bentuknya boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian serta citarasa pembuat kuih ini.

Kuih Badak Berendam

Kuih Badak Berendam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya di negeri Pantai Timur. Kuih ini terdiri daripada inti kelapa bercampur manisan yang dimasukkan dalam adunan tepung beras yang digentel bulat.

Kuih Butir Nangka

Perasaan Kuih Butir Nangka ini adalah seperti bubur manis. Ia merupakan salah satu kuih tradisional di Kelantan.

Beras pulut, santan dan gula melaka digunakan untuk membuat kuih ini. Air daun pandan asli akan digunakan bagi tujuan menghasilkan warna hijau. Rasa asli daun pandan juga menambah keenakan kuih ini selain daripada warna yang cukup menarik.

Hidangan ini mempunyai rasa yang berlemak dan sedikit manis. Oleh kerana bentuknya yang bulat dan saiznya seperti butir biji nangka, jadi kuih ini digelar kuih butir nangka.

Kuih tradisional ini walau bagaimanapun tetap menjadi pilihan rata-rata masyarakat di Malaysia untuk dihidang sebagai manisan semasa hidangan jamuan atau kenduri. Tidak hanya itu, makanan tradisional juga sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan minum petang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Sumber:
https://www.caridestinasi.com/makanan-tradisional-kelantan/
https://saji.my/makanan-tradisional-kelantan/

error: Content is protected !!