10 Klinik Dermatologi (Dermatologist) Terpilih di Lembah Klang
Dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, hampir semua perkara boleh dirawat termasuklah masalah kulit, rambut dan yang berkaitan.

Dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, hampir semua perkara boleh dirawat termasuklah masalah kulit, rambut dan yang berkaitan. Anda boleh mendapatkan khidmat rundingan bersama doktor pakar di klinik dermatologi bagi mengetahui lanjut tentang masalah anda dan memilih rawatan yang bersesuaian.

Seterusnya, ‘dermatologist’ adalah doktor yang pakar dalam masalah melibatkan kulit, rambut dan kuku. Malah, banyak juga keadaan lain yang mereka boleh rawat jika ia berada dalam bidang mereka.

Sekarang, mari lihat 10 klinik dermatologi di Lembah Klang seperti di bawah.

1. Ko Skin Specialist

Klinik Dr Ko pastinya sudah biasa didengari oleh mereka yang selalu melakukan rawatan kulit. Dengan cawangan klinik di serata tempat, anda boleh memilih lokasi yang berdekatan dengan anda. Antara cawangan di sekitar Lembah Klang adalah seperti di Puchong, USJ Subang Jaya, Kota Kemuning, Ara Damansara dan banyak lagi. Antara barisan doktor pakarnya ialah:

  • Dr Ko Chung Beng (pengasas)
  • Dr Kueh Nai Siong
  • Dr Ko Chung Yee
  • Dr Seah Keh Seng
  • Dr Colleen Lee LP
  • Dr Kathleen Chang Yee Kuin

Malah, selain rawatan kulit muka, klinik dermatologi ini juga menyediakan perkhidmatan rawatan rambut, badan serta pembedahan kecantikan. Waktu operasinya adalah 10 pagi hingga 6 petang (Isnin/ Khamis/ Sabtu) dan 10 pagi hingga 7 petang (Selasa/ Rabu/ Jumaat). Ia tidak dibuka pada hari Ahad jadi pastikan anda ambil tahu tentangnya.

2. Clique Clinic

Bertempat di Petaling Jaya, klinik dermatologi ini pastinya menjadi pilihan anda terutama dengan barisan doktor yang hebat dalam bidang kecantikan ini. ‘Clique Clinic’ telah memulakan bisnes sejak tahun 2012 lagi di mana ia sememangnya dikenali ramai kerana servis rawatan dermatologi yang berpatutan jika dibandangkan di tempat lain. Antara doktor di sini termasuklah:

  • Dr Lim Ting Song
  • Dr Darren Wang
  • Dr Chong Ian
  • Dr Christie Moey Hui Xian
  • Dr Hannah Lo Fui Jun

Waktu operasinya adalah dari 10 pagi hingga 7 malam iaitu dari Isnin hingga Sabtu. Anda juga diperlukan untuk membuat temu janji dahulu sebelum boleh berjumpa dengan doktor di sini. Selain merawat masalah kulit di muka, mereka juga menyediakan servis bagi bahagian badan yang pelbagai. Malah, dengan kemudahan yang disediakan seperti tempat menunggu, tempat tukar pakaian dan tempat yang sesuai bagi golongan kurang upaya, ia pastinya menyelesakan anda sepanjang berada di sini.

3. NextMed Clinic

Dengan kolaborasi bersama klinik dermatologi terkenal di Korea Selatan dan China, ianya tidak asinglah mengapa klinik ini digemari ramai. Klinik ini menyediakan servis terbaik bagi semua perkhidmatan termasuk pemeriksaan estetik, anti-penuaan dan pemeriksaan kesihatan. Terletak di Petaling Jaya dan beroperasi setiap hari iaitu dari jam 10 pagi hingga 7 petang bagi semua hari kecuali Sabtu (hanya beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang). Antara pakar dermatologi di sini ialah:

  • Dr Alicia Liw Kwei Huan
  • Dr Low Pui Yee

Buat temu janji dahulu bagi membolehkan anda mendapat tempat untuk berjumpa dengan pakar dermatologi mereka. Setelah mendapatkan rawatan di sini, anda juga boleh meneruskan rawatan anda dengan sesi ‘follow-up’. Setiap sesi rawatan juga dibuat berdasarkan keperluan anda.

4. Nathan Skin Specialist

Klinik dermatologi ini adalah klinik keluarga di mana si bapa dan anak yang merawat pesakitnya. Tan Sri Dato’ Dr Nathan Sr. sememangnya terkenal dalam bidang dermatologi serta berkhidmat di Hospital Assunta. Dr Nathan adalah lebih pakar dalam bidang kulit manakala anaknya iaitu Dr Nathan Jr. pula lebih ke arah masalah rambut. Anda mungkin boleh menjangkakan waktu menunggu yang mungkin sedikit lama memandangkan klinik ini sememangny terkenal bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan dermatologi. Antara pakar dermatologi mereka ialah:

  • Dr P S Nathan
  • Dr Ruban Nathan
  • Dr Sunita Kaur Toor

Terletak di Menara UOA Bangsar, anda boleh membuat temu janji dahulu sebelum pergi ke sana yang mana ia dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu. Waktu operasinya ialah dari 9 pagi hingga 5 petang kecuali pada hari Sabtu iaitu hingga jam 1 tengah hari sahaja.

5. Ting Skin Specialist Clinic

Servis di sini dibahagikan kepada dua iaitu perubatan dan kosmetik. Aspek perubatan mementingkan keadaan kulit kerana penyakit, masalah rambut dan sebagainya manakala aspek kosmetkk adalah lebih kepada rawatan parut, pembuangan tatu dan sebagainya. Klinik ini terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur iaitu di Jalan Ambi. Selain itu, klinik dermatologi ini juga sememangnya popular dan sudah beroperasi sejak tahun 1991, jadi anda dinasihatkan untuk membuat temu janji lebih awal sebelum ke sana. Anda boleh dapatkan rawatan daripada doktornya iaitu:

  • Dr Ting Hoon Chin – pengasas

Ia dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu dengan waktu operasi dari 9 pagi hingga 6 petang.

6. Sliq Clinic

Klinik dermatologi ini adalah klinik ‘lifestyle’ pertama yang terletak di Oasis Ara Damansara dan menawarkan rawatan yang terbukti berkesan secara perubatan dan selamat untuk memenuhi keperluan estetik anda. Terletak di Petaling Jaya, ia dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu iaitu dari jam 10 pagi hingga 7 petang. Anda boleh dapatkan khidmat rawatan daripada doktor di sini seperti:

  • Dr Steve Chia Sheng Ching

Klinik dermatologi ini juga menyediakan rawatan tidak invasif dan minimal agar rawatan yang dibuat tidak menjejaskan kehidupan sosial anda. Dengan pilihan terapi yang pelbagai, anda pastinya boleh mencari satu yang sesuai dengan keadaan anda.

7. Radiant Clinique

Ditubuhkan pada tahun 2016, klinik ini diketahui dengan harga servis berpatutan yang ditawarkan di Shah Alam. Malah, mereka juga merupakan rakan penjagaan kesihatan bersama ‘Erufu Care Community Medical Support Network. Antara servis yang ditawarkan seperti terapi bagi masalah rambut, pembuangan tahi lallat, rejuvinasi muka dan banyak lagi. Anda boleh dapatkan khidmat rawatan daripada pakar dermatologi mereka seperti:

  • Dr Rasool Shaik Mohamed
  • Dr Syairah Nadia

Dengan kemudahan seperti WiFi, bilik solat, tempat menunggu serta kafe dan restoran berdekatan, anda pastinya tidak bosan sementara menunggu giliran anda. Beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7 petang bagi hari Isnin hingga Sabtu (Ahad cuti).

8. Dr Chong Clinic

Anda semestinya harus memilih klinik dermatologi ini kerana harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik serta pelbagai khidmat servis yang ditawarkan. Dengan staf yang profesional, berpengalaman dan ramah, anda pastinya menyukai mendapatkan rawatan di sini. Antara pakar dermatologi mereka ialah:

  • Dr Chong Tze Sheng
  • Dr Ang Li Ly
  • Dr Dana Qurratuaini
  • Dr Eunice Beh Li Cher
  • Dr Brendon Chong Khye Ciat
  • Dr Raine Lim Hai Yuen
  • Dr Tan Ing Shin

Terletak di Seksyen 14, Shah Alam dengan kemudahan servis yang terbaik dengan bantuan peralatan canggih dan suasana yang nyamana. Waktu operasinya adalah dari jam 10 pagi hingga 7 petang dari hari Isnin hingga Jumaat manakala bagi hari Sabtu dan Ahad adalah dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

9. Ranjit Skin Specialist

Terletak di Petaling Jaya, Selangor, doktornya iaitu Dr Ranjit Singh sememangnya sangat berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang masalah kulit serta masalah rambut. Anda boleh dapatkan rawatan dari pakar dermatologi mereka antaranya:

  • Dr Ranjit Singh

Pastikan anda membuat temu janji dahulu bagi mengelakkan tidak mendapat tempat untuk membuat konsultasi di klinik tersebut. Mereka beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang serta hari Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang. Hari Ahad dan cuti umum tidak dibuka.

10. True Clinic

Merupakan klinik dermatologi yang terletak di Petaling Jaya, ia juga merupakan rakan penjagaan kesihatan bersama ‘Erufu Care Community Medical Support Network’. Ditubuhkan sejak 2019, klinik ini diketahui dengan harga berpatutannya walaupun beroperasi di kawasan terkenal seperti di Petaling Jaya. Dengan servis mereka yang pelbagai, anda boleh mendapatkan rawatan daripada pakar dermatologi seperti:

  • Dr Chin Chang Hooi

Klinik ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 petang kecuali bagi hujung minggu yang mana waktu operasinya adalah dari 10 pagi hingga 6 petang sahaja. Antara servis mereka yang terkenal adalah rawatan anti-penuaan, rawatan turunkan berat badan dan rawatan pori besar. Dapatkan rawatan anda sambil menunggu di ruangan yang menyediakan WiFi, ruang menunggu dan kemudahan lain yang disediakan juga.

SUMBER

https://www.erufucare.com/clinics/skin-specialist/selangor

https://www.erufucare.com/clinic/clique-clinic

https://www.nextmedasia.com/

https://www.lookp.com/blog/skin-specialist-kuala-lumpur-selangor

http://nathanskin.com/index.php

https://skinspecialist.aestheticsadvisor.com/2016/09/ting-skin-specialist-review.html

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
10 Klinik Dermatologi (Dermatologist) Terpilih di Lembah Klang
Article Name
10 Klinik Dermatologi (Dermatologist) Terpilih di Lembah Klang
Description
Klinik dermatologi membolehkan anda merawat hampir semua perkara termasuklah masalah kulit, rambut dan yang berkaitan kecantikan dengan bantuan teknologi canggih.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *