kesan merokok pada kesihatan
Merokok boleh menyebabkan pelbagai komplikasi berterusan dalam tubuh, serta kesan jangka panjang pada sistem badan anda.

Merokok boleh menyebabkan pelbagai komplikasi berterusan dalam tubuh, serta kesan jangka panjang pada sistem badan anda. Walaupun merokok dapat meningkatkan risiko anda untuk menghadapi pelbagai masalah dalam tempoh  beberapa tahun, beberapa kesan juga boleh berlaku dengan segera.

Selain itu, merokok boleh menjejaskan hampir setiap organ dalam tubuh, menyebabkan banyak penyakit dan mengurangkan kesihatan perokok secara umum. Jadi, berhenti merokok dapat menurunkan risiko anda mendapat penyakit yang berkaitan dengan merokok.

Dalam artikel ini, kita akan melihat 10 kemungkinan kesan merokok yang berbahaya kepada kesihatan.

Kesan merokok kepada kesihatan kita

Menghisap rokok boleh memberi banyak kesan buruk kepada tubuh. Sebahagian daripada ini boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa. Antara kesan merokok adalah:

1. Kerosakan paru-paru

Menghisap rokok boleh mempengaruhi kesihatan paru-paru kerana seseorang menghisap bukan sahaja nikotin tetapi juga pelbagai bahan kimia tambahan. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan bahawa kira-kira 9 dari 10 kematian yang berlaku akibat kanser paru-paru dikaitkan dengan merokok.

Di samping itu, menghisap rokok juga mempunyai risiko lebih tinggi bagi penyakit gangguan paru obstruktif kronik (COPD) yang boleh menyebabkan kematian. Bukan itu sahaja, merokok juga dikaitkan dengan perkembangan emfisema dan bronkitis kronik. Ia juga boleh mencetuskan atau memperburuk lagi serangan asma.

2. Masalah kesuburan

Menghisap rokok boleh merosakkan sistem pembiakan wanita dan menjadikannya lebih sukar untuk hamil. Ini mungkin berlaku kerana bahan tembakau dan bahan kimia lain dalam rokok yang mempengaruhi tahap hormon.

Pada individu lelaki pula, semakin banyak rokok yang diambil dan semakin lama dia merokok, semakin tinggilah risiko berlakunya disfungsi ereksi. Merokok juga boleh mempengaruhi kualiti sperma yang secara langsung boleh mengurangkan tahap kesuburan.

3. Penyakit jantung

Antara kesan merokok seterusnya adalah boleh merosakkan jantung, saluran darah dan sel darah. Bahan kimia dan tar dalam rokok dapat meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat aterosklerosis, iaitu penumpukan plak pada saluran darah. Penumpukan ini mengehadkan aliran darah dan boleh menyebabkan penyumbatan yang berbahaya.

Malah, merokok juga meningkatkan risiko bagi penyakit arteri periferal (PAD), yang berlaku ketika arteri ke lengan dan kaki mula menyempit dan menyekat aliran darah.

4. Diabetes jenis 2

Merokok menyumbang kepada diabetes jenis 2 dan meningkatkan risiko berlakunya komplikasi berkaitan penyakit ini termasuk aliran darah yang lemah ke kaki. Ini boleh menyebabkan jangkitan dan mengakibatkan keperluan untuk “memotong” anggota badan.

Tambahan pula, merokok juga boleh menjadikan penghidap diabetes lebih sukar untuk menguruskan keadaan mereka.

5. Komplikasi kehamilan

Kehamilan ektopik adalah komplikasi pembiakan yang mengancam nyawa pada wanita dan lebih cenderung berlaku pada perokok. Ia berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat di tempat lain selain rahim. Telur tidak dapat bertahan dan seterusnya membahayakan nyawa ibu.

Selain itu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), merokok boleh mempengaruhi kehamilan dan janin yang sedang berkembang dengan beberapa cara, termasuk:

  • mengurangkan berat kelahiran bayi
  • meningkatkan risiko kelahiran pramatang
  • merosakkan paru-paru, otak dan sistem saraf pusat janin
  • meningkatkan risiko berlakunya sindrom kematian bayi secara tiba-tiba
  • menyumbang kepada kelainan kongenital, seperti bibir atau lelangit yang sumbing

6. Masalah penglihatan

Menghisap rokok boleh menyebabkan masalah pada mata, termasuk risiko katarak dan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia. Ini juga adalah penyebab utama bagi masalah kebutaan pada orang dewasa yang berusia lebih dari 65 tahun.

Masalah penglihatan lain yang berkaitan dengan merokok termasuk:

7. Kulit dan rambut yang tidak sihat

Merokok boleh menjejaskan kulit dan rambut seseorang. Seseorang yang merokok mungkin mengalami kulit berkerut dan matang walaupun di usia mudah. Mereka juga mempunyai risiko kanser kulit yang lebih tinggi, “terutama di bahagian bibir”.

Selain itu, merokok boleh menyebabkan rambut dan kulit berbau tembakau. Ia juga boleh menyebabkan keguguran rambut dan botak.

8. Kebersihan mulut yang buruk

Individu yang merokok adalah dua kali ganda lebih berisiko untuk mendapat penyakit gusi. Risiko ini meningkat dengan jumlah rokok yang dihisap seseorang.

Gejala penyakit gusi termasuk:

Merokok dapat membataskan kemampuan seseorang untuk merasa dan membau sesuatu dengan betul. Ia juga boleh mengotorkan gigi sehingga berwarna kuning atau coklat.

9. Strok

Sekiranya anda merokok, anda lebih cenderung mengalami strok berbanding individu yang tidak merokok. Sebenarnya, merokok meningkatkan risiko sehingga 50% untuk mendapat strok, yang boleh menyebabkan kerosakan otak dan kematian. Dengan merokok, anda menggandakan risiko untuk mati akibat strok.

Salah satu cara merokok dapat meningkatkan risiko anda terkena strok adalah dengan meningkatkan peluang anda mengembangkan aneurisma otak. Ini adalah bonjolan pada saluran darah yang berlaku disebabkan kelemahan pada dinding saluran darah. Ia boleh dan menyebabkan keadaan yang sangat serius dikenali sebagai pendarahan ‘subarachnoid’. Ini merupakan sejenis strok dan boleh menyebabkan kerosakan otak yang besar dan kematian.

10. Risiko kanser lain

Sebagai tambahan kepada perkaitan antara merokok dengan kanser paru-paru, merokok juga boleh menyumbang kepada bentuk kanser yang lain.

Merokok boleh menyebabkan kanser hampir di mana sahaja dalam badan anda:

  • Pundi kencing
  • Darah (leukemia myeloid akut)
  • Serviks
  • Kolon dan rektum (kolorektal)
  • Esofagus
  • Ginjal dan ureter
  • ‘Larynx’
  • Hati
  • ‘Oropharynx’ (merangkumi bahagian tekak, lidah, lelangit lembut dan tonsil)
  • Pankreas
  • Perut
  • Trakea, bronkus dan paru-paru

Kesimpulannya,

Berhenti merokok sememangnya sukar, tetapi doktor dapat membantu anda membuat pelan yang bersesuaian. Minta nasihat mereka kerana kini, sudah terdapat pelbagai ubat tanpa preskripsi serta dengan preskripsi yang dapat membantu anda berhenti.

Terdapat banyak faedah jangka pendek dan jangka panjang sekiranya anda berhenti merokok. Memandangkan merokok mempengaruhi setiap sistem dalam badan, mencari jalan untuk berhenti adalah langkah terpenting yang dapat anda lakukan untuk menjalani kehidupan yang lebih lama dan bahagia.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/smoking/effects-on-body#1

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324644

https://www.lung.org/research/sotc/by-the-numbers/10-health-effects-caused-by-smoking

https://www.nhs.uk/smokefree/why-quit/smoking-health-problems

Summary
10 Kesan Merokok Yang Buruk Kepada Kesihatan
Article Name
10 Kesan Merokok Yang Buruk Kepada Kesihatan
Description
Merokok boleh menyebabkan pelbagai komplikasi berterusan dalam tubuh, serta kesan merokok jangka panjang pada sistem badan anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: