Penyalahgunaan dadah
Penyalahgunaan dadah berlaku apabila anda menggunakan bahan terlarang atau tidak dengan cara yang tidak sepatutnya. Anda mungkin mengambil dos lebih daripada dos biasa

Penyalahgunaan dadah berlaku apabila anda menggunakan bahan terlarang atau tidak dengan cara yang tidak sepatutnya. Anda mungkin mengambil dos lebih daripada dos biasa atau menggunakan ubat preskripsi individu lain.

Anda mungkin menyalahgunakan dadah atau ubat untuk berasa lebih baik, melegakan stres atau mengelak daripada menghadapi masalah. Tetapi selalunya anda boleh mengubah tabiat tidak sihat anda atau berhenti daripada menggunakannya atau kedua – duanya.

Ketagih adalah istilah bagi anda yang tidak boleh berhenti melakukan sesuatu. Ketagih sehingga menyebabkan kesihatan anda dalam bahaya.

Ketagih disebabkan oleh masalah kewangan, emosi atau masalah lain yang melibatkan anda dan insan yang tersayang. Ketagihan menyebabkan anda ingin mengambil dan menggunakan dadah setiap waktu dan saat dalam hari anda meskipun anda ingin berhenti daripada mengambilnya.

Dadah yang sering disalahgunakan

Jenis narkotik :

  • Morfin/Morphine
  • Candu/Opium
  • Heroin
  • Perangsang / Stimulants or ‘speeds’
  • Ekstasi
  • Amfitamin/Amphetamin
  • Kodein/Codeine
  • Kokain

Halusinogen :

  • Gam
  • LSD
  • PCP atau “angel dust”
  • Aerosol
  • Inhalants

Marijuana (Kanabis) :

  • Hashish
  • Ganja

Toleran

Toleran adalah istilah yang merujuk pada situasi di mana seseorang individu perlu menambah dos atau kuantiti dadah atau ubat yang diambil sebelum ini untuk mendapatkan kesan atau tindak balas ubat yang sama.

Pergantungan

Pergantungan adalah istilah merujuk pada kegagalan individu untuk berfungsi atau bekerja atau melakukan sesuatu jika tidak mengambil dadah. Pergantungan ini termasuklah pergantungan fizikal, psikologi dan tabiat harian.

Ketagihan

Ketagihan merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu bergantung pada dadah untuk membolehkan mereka melakukan aktiviti harian serta mengelakkan mereka daripada gian.

Gian

Gian merupakan gejala atau simptom yang dialami penagih dadah disebabkan tindak balas terhadap keperluan dadah yang dikurangkan daripada kebiasaan atau dalam proses berhenti daripada mengambil dadah. Hal ini berlaku apabila toleran sudah berlaku.

Gejala atau simptom gian seperti :

Faktor Risiko Penyalahgunaan Dadah

Apabila seseorang mula mengalami masalah disebabkan penyalahgunaan dadah, terdedah pada ketagihan dadah berbeza di antara satu individu kepada satu individu yang lain. Genetik, kesihatan mental, keluarga dan persekitaran sosial memainkan peranan dalam meningkatkan faktor risiko ketagihan anda seperti :

  • Sejarah ketagihan di dalam keluarga
  • Pengalaman yang memberikan trauma seperti didera, diabaikan
  • Gangguan mental seperti depresi dan keresahan
  • Penggunaan awal dadah
  • Kaedah penggunaan – merokok atau menyuntik dadah mungkin meningkatkan potensi ketagihan

Kesan Penyalahgunaan Dadah

– Bahan kimia otak

Otak manusia adalah organ yang paling kompleks di dalam badan manusia. Meskipun beratnya mungkin kurang daripada 3 paun, ia agak misteri bagaimana pandangan dan psikologikal anda memproses dalam memastikan anda kekal hidup.

Dadah dan arak mengubah bagaimana anda rasa dengan menukar bahan kimia yang memastikan otak anda berfungsi dengan baik.

Apabila anda pertama kali menggunakan dadah, otak anda akan merembeskan bahan kimia yang dipanggil dopamine yang membuatkan anda rasa sangat gembira (euphoric) dan mahukan lebih banyak dadah. Selepas itu, pastinya anda inginkannya lagi disebabkan ia membuatkan anda rasa baik dan gembira.

Dari semasa ke semasa, otak anda akan terbiasa menggunakan dopamine tambahan di mana anda tidak dapat berfungsi dengan baik atau normal tanpanya.

Semuanya tentang anda akan mula berubah termasuklah personaliti, memori dan bagaimana badan anda memproses yang membuatkan anda menganggapnya baik untuk anda.

– Komplikasi kesihatan

Penggunaan dadah dan arak memberi impak kepada hampir keseluruhan tubuh badan anda daripada jantung kepada usus.

Penyalahgunaan bahan boleh menyebabkan kadar jantung yang tidak normal dan berlakunya serangan jantung. Manakala suntikan dadah boleh menyebabkan saraf rosak dan jangkitan pada pam jantung anda.

Sesetengah dadah boleh menghentikan tulang anda daripada tumbuh dengan betul, manakala yang lain menyebabkan kekejangan otot yang serius dan rasa lemah.

Penggunaan dadah untuk jangka masa yang panjang juga akan perlahan – lahan merosakkan buah pinggang dan hati anda.

– Jangkitan

Apabila anda di bawah pengaruh dadah atau arak, anda mungkin terlupa untuk melakukan persetubuhan yang selamat. Persetubuhan tanpa sebarang perlindungan boleh meningkatkan kemungkinan penyakit kelamin.

Berkongsi jarum yang digunakan untuk menyuntik dadah juga boleh menyebabkan anda dijangkiti penyakit seperti hepatitis C, hepatitis B dan HIV.

Anda juga boleh menyebarkan demam selesema, selesema dan mononukleosis (demam kelenjar) apabila anda berkongsi paip dan pemegang.

– Akibat dari segi undang – undang

Penyalahgunaan dadah dan arak tidak hanya memberikan kesan negatif pada kesihatan anda tetapi juga boleh memberi kesan dari segi undang – undang yang anda perlu hadapi untuk sepanjang hidup anda.

Kebanyakan majikan memerlukan anda untuk menjalani ujian dadah sebelum menawarkan kerja kepada anda malah ada di antara mereka yang melakukan ujian dadah secara rawak selepas anda menjadi pekerja.

Tidak mahu berhenti mengambil dadah boleh menyebabkan anda dibuang kerja dan membawa kepada isu yang lebih besar.

Manakala, memandu di bawah pengaruh dadah atau arak boleh menyebabkan lesen memandu digantung selama 10 hingga 20 tahun di Malaysia. Malah anda akan dikenakan denda sehingga RM 200, 000 dan perlu menghabiskan masa di dalam penjara selama 20 tahun maksimum.

Isu ini adalah serius kerana ia bukan sahaja berbahaya kepada anda tetapi juga kepada orang di sekeliling anda. Anda boleh disabitkan kesalahan meskipun anda di bawah pengaruh bahan.

– Masalah kewangan

Arak dan dadah adalah sangat mahal, terutama jika anda menggunakannya dengan banyak dan kerap. Penyalahgunaan dadah juga memberi impak kepada produktiviti dan kejayaan anda di tempat kerja dan di universiti.

Masa yang dibazirkan untuk mencari, menggunakan dan pulih daripada dadah boleh digunakan untuk belajar kemahiran baharu bagi mempertingkatkan peluang pekerjaan anda.

Isu undang – undang yang melibatkan penggunaan dadah akan meningkatkan bil tanggungan anda juga. Kereta dan kadar insurans kesihatan anda mungkin meningkat dan anda perlu mencari jalan untuk membayar pelbagai perkara disebabkan dadah.

– Kecederaan dan Kematian

Jika anda menggunakan dadah dan arak, anda berkemungkinan mengalami kecederaan fizikal atau terlibat dengan kemalangan kereta.

Lebih teruk lagi, anda juga mungkin akan meningkatkan risiko kematian dengan bunuh diri dan membunuh. Kematian disebabkan dadah semakin meningkat dan bertambah sejak awal 1980an lagi.

– Masalah pernafasan

Dadah yang dihisap atau dihidu oleh seseorang boleh merosakkan sistem pernafasan dan menyebabkan jangkitan dan penyakit pernafasan kronik.

Opiod memperlahankan pernafasan seseorang dengan menyekat penerima tertentu di sistem saraf pusat yang berfungsi untuk pernafasan. Dengan menyekat dan menekan pernafasan seseorang, dadah ini boleh menyebabkan pernafasan seseorang berkurangan atau tidur dalam keadaan berdengkur yang kuat.

Individu tersebut mungkin tidak dapat bernafas lagi jika mereka mengambil dos opioid yang tinggi atau mengambilnya bersama ubat lain seperti ubat tidur atau arak.

– Kerosakan buah pinggang

Buah pinggang menapis lebihan mineral dan bahan buangan daripada darah. Heroin, ketamine dan kanabinoid sintetik boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang atau kegagalan buah pinggang.

– Penyakit hati

Penggunaan dadah dan arak yang kronik boleh merosakkan sel hati menyebabkan keradangan, parut dan juga kegagalan hati.

– Penyakit kardiovaskular

Perangsang seperti kokain dan methamphetamines boleh merosakkan jantung dan pembuluh darah. Jadi, anda perlulah berfikir dahulu sebelum mengambilnya.

Penyalahgunaan dadah dilihat semakin berleluasa meskipun tujuan sebenar dadah atau ubat digunakan adalah untuk merawat sesetengah keadaan perubatan.

Justeru, setiap individu perlulah celik tetapi penggunaan yang betul dan kesan akibat penyalahgunaan dadah.

SUMBER

https://www.webmd.com/mental-health/addiction/drug-abuse-addiction##1

http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-dadah/

https://www.helpguide.org/articles/addictions/drug-abuse-and-addiction.htm

https://drugabuse.com/drug-alcohol-effects/

https://www.medicalnewstoday.com/articles/effects-of-drug-abuse#long-term-effects

Summary
Article Name
10 Kesan Penyalahgunaan Dadah
Description
Penyalahgunaan dadah berlaku apabila anda menggunakan bahan terlarang atau tidak dengan cara yang tidak sepatutnya. Anda mungkin mengambil dos lebih daripada dos biasa
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: