Kelambu nyamuk

Kelambu nyamuk adalah sejenis alat yang melindungi anda daripada serangan nyamuk. Ia adalah pilihan yang sesuai jika anda mempunyai alahan atau tidak mempunyai toleransi terhadap semburan serangga atau juga lebih suka alternatif yang tidak melepaskan karbon dalam melindungi diri anda daripada serangga.

Malah, semburan serangga (insect spray) atau nyamuk bukan hanya buruk bagi alam sekita kerana ia melepaskan gas yang mempengaruhi lapisan pelindungan bumi, tetapi ia juga mempunyai gas yang tidak menyihatkan bagi diri anda atau binatang peliharaan anda untuk hirup.

Oleh itu, berikut adalah beberapa jenis kelambu untuk anda pilih atau ketahui sebagai alternatif untuk melindungi diri anda daripada serangga nyamuk ini.

Kelambu Nyamuk Individu

Ini adalah jenis kelambu yang paling asas. Ia kelihatan seperti jaring biasa yang boleh didapati dalam pelbagai saiz bergantung pada luas permukaan yang anda ingin lindungi. Kelebihan jaring jenis ini adalah ia dapat digunakan di atas mana-mana permukaan. Namun ia mungkin kurang mudah digunakan daripada jenis lain kerana ia harus dibina secara manual setiap kali ingin menggunakannya samada dengan pita atau stapler.

Rangka Bingkai

Kelambu jenis ini adalah jenis yang dipasang pada bingkai pintu atau tingkap anda. Biasanya jaring akan dipasang pada plastik, aluminium atau kayu yang kemudian dilekatkan pada tingkap. Jaring jenis ini mudah digunakan kerana tidak perlu dilampirkan. Namun ia juga boleh menjadi kelemahan kerana sukar untuk dikeluarkan dan dibuang daripada tingkat untuk menikmati pemandangan tingkap lebar tanpa pandangan jaring yang menghalangnya.

Jaring Bergulir

Jenis kelambu lain pula adalah yang juga dilekatkan pada bingkai dimana ia dipanggil jaring bergulir. Perbezaan antara ini dan rangka bingkai adalah bahawa yang ini dapat digulung ke bawah dan juga dapat dipasang tanpa menutup seluruh tingkap atau pintu. Biasanya jaring jenis ini mempunyai konsep yang sama dengan langsir gulung di mana ia dipasang di bahagian atas tingkap tetapi boleh digulung ke atas dan ke bawah hanya bila diperlukan.

Kelambu Nyamuk Kotak

Seperti namanya, kelambu jenis ini boleh digerakkan dan berbentuk seperti kotak. Ia boleh didapati dalam pelbagai ukuran atau saiz untuk memenuhi setiap individu yang ingin mengelakkan serangga. Ia harus dibina secara manual setiap  waktu kegunaan tetapi senang dibawa ke mana-mana sahaja seperti semasa pergi berkhemah.

Jaring Swing

Jaring swing adalah jenis kelambu nyamuk yang dilekatkan pada keseluruhan pintu. Ia berfungsi sebagai pintu kedua yang menghalang serangga masuk ke dalam rumah. Kelambu jenis ini juga merupakan jaring yang mudah dipasang dan senang digunakan.

Jaring gelongsor

Kelambu nyamuk jenis ini mirip dengan bingkai rangkai di mana ia dilekatkan pada tingkap. Namun, satu-satunya perbezaan ialah jenis ini tidak akan menutupi semua tingkap tetapi hanya pada tingkap yang terpilih dan ia juga boleh diluncurkan ke mana-mana bahagian tingkap. Dengan cara ini, anda hanya akan mempunyai beberapa atau separuh jumlah tingkap yang akan mengkaburkan pemandangan anda dengan jaring.

Kelambu Loceng

Juga sama dengan maksud namanya, jaring jenis ini berbentuk seperti loceng. Kelambu nyamuk berbentuk loceng memberikan kebaikan dan keburukan yang sama seperti kelambu kotak. Namun, dengan jaring berbentuk loceng, orang di dalam jaring ini akan merasa lebih sejuk kerana aliran udara dari bahagian atas jaring akan mengalirkan aliran udara sejuk.

Kelambu Bayi

Jaring jenis ini biasanya dibuat untuk dimuatkan pada tempat tidur bayi (baby bed) atau kereta bayi (stroller). Saiznya tetap tetapi boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti berkotak atau bentuk yang lebih longgar di mana ia boleh dibukak dan tutup.

Jaring Rangka Katil

Jenis kelambu nyamuk yang lain pula adalah jaring tempat tidur di mana ia dibina sekali dengan bingkai tempat tidur (bed frame). Ia adalah reka bentuk jaring yang bergaya kerana dipasang bersesuaian dan sepadan dengan tempat tidur. Ia juga mudah digunakan kerana sudah terpasang.

Kelambu Nyamuk Tilam

Jenis jaring terakhir adalah jaring yang dilekatkan pada tilam bayi yang boleh bergerak. Ia mudah dipasang dan senang digunakan. Namun ia tidak dapat diasingkan kepada bahagian kecil dan mungkin sedikit besar untuk selalu dibawa bergerak.

Summary
10 Kelambu Nyamuk Mengikut Kesesuaian Anda
Article Name
10 Kelambu Nyamuk Mengikut Kesesuaian Anda
Description
Kelambu nyamuk adalah sejenis alat yang melindungi anda daripada serangan nyamuk. Ia adalah pilihan yang sesuai jika anda mempunyai alahan atau tidak mempunyai toleransi terhadap semburan serangga atau juga lebih suka alternatif yang tidak melepaskan karbon dalam melindungi diri anda daripada serangga. Malah, semburan serangga (insect spray) atau nyamuk bukan hanya buruk bagi alam sekita kerana ia melepaskan gas yang mempengaruhi lapisan pelindungan bumi, tetapi ia juga mempunyai gas yang tidak menyihatkan bagi diri anda atau binatang peliharaan anda untuk hirup.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: