sauna
Sauna biasanya adalah bilik yang dipanaskan antara 70 ° hingga 100 ° Celsius atau 158 ° hingga 212 ° Fahrenheit.

Sauna biasanya adalah bilik yang dipanaskan antara 70 °C hingga 100 °C atau 158 °F hingga 212 °F.

Sauna tradisional Finland biasanya menggunakan haba kering, dengan kelembapan relatif yang biasanya di antara 10 hingga 20 peratus. Bagi jenis sauna yang lain pula, kelembapan adalah lebih tinggi. Bagi sauna ala Turki misalnya, mereka menggunakan tahap kelembapan yang lebih tinggi.

Seterusnya, tahukah anda bahawa penggunaan sauna dapat menaikkan suhu kulit menjadi sekitar 40°C? Apabila suhu kulit meningkat, peluh yang berat juga berlaku. Denyutan jantung meningkat ketika badan berusaha untuk tetap sejuk.

Ia bukanlah satu perkara yang tidak normal jika anda boleh kehilangan sekitar satu liter peluh walaupun menghabiskan masa yang singkat di sauna.

Sauna dapat membantu orang untuk bersantai dan berehat, dan ia juga mungkin mempunyai manfaat kesihatan yang lain.

Manfaat utama yang dicadangkan adalah mendapatkan rehat dan baik untuk kesihatan kardiovaskular. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak sesuai untuk semua orang.

Kebaikan Sauna

– Mengurangkan kesakitan

Peningkatan peredaran darah membantu mengurangkan sakit otot, memperbaiki pergerakan sendi, dan melegakan sakit artritis.

– Mengurangkan tahap tekanan

Disebabkan haba di sauna yang meningkatkan peredaran darah, ia juga dapat memberikan ketenangan. Hal ini justeru boleh meningkatkan rasa tenang dan relaks.

– Meningkatkan kesihatan kardiovaskular

Pengurangan tahap tekanan ketika menggunakan sauna mungkin berkaitan dengan penurunan risiko keadaan kardiovaskular.

Satu kajian yang dilakukan di Finland melibatkan 2,315 lelaki berusia 42 hingga 60 tahun selama tempoh 20 tahun. Hasil kajian menunjukkan bahawa individu yang menggunakan sauna mungkin mempunyai risiko kematian yang lebih rendah disebabkan penyakit kardiovaskular.

– Mengurangkan masalah kulit

Sauna boleh mengeringkan kulit semasa digunakan. Sesetengah individu yang mengalami psoriasis mungkin mendapati simptom keadaan mereka menjadi berkurangan semasa menggunakannya, tetapi mereka yang menderita dermatitis atopik mungkin boleh mengalami simptom yang bertambah teruk.

– Melegakan asma

Individu yang menghidap asma akan berasa lega daripada beberapa simptom apabila menggunakan sauna. Ia boleh membantu membuka saluran pernafasan, mengurangkan kahak dan mengurangkan tekanan.

– Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer

Individu yang menggunakan sauna 2-3 kali seminggu adalah 22% kurang cenderung untuk menghidap demensia berbanding individu yang tidak menggunakannya.

Malah, individu yang menggunakannya 4-7 kali seminggu adalah 66% kurang cenderung untuk menghidap demensia berbanding individu yang menggunakannya hanya sekali seminggu dengan tahap kecenderungan sebanyak 65% untuk menghidap demensia.

Namun, hasilnya tidak membuktikan bahawa sauna adalah punca pengurangan risiko tersebut. Ia mungkin terjadi kerana penghidap demensia tidak menggunakan sauna. Justeru itu, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan penemuan ini.

– Membuang toksin

Berpeluh dengan banyak adalah kaedah yang sangat berkesan untuk membuang toksin yang mungkin diserap oleh tubuh dengan beberapa cara. Sauna dilihat boleh mencapai matlamat itu.

Dalam sesi panas yang kuat, anda akan lebih banyak berpeluh yang mana ini membantu membuang toksin dari badan dengan cara yang baik.

– Membantu dalam penurunan berat badan

Terapi sauna adalah kaedah terbaik untuk menurunkan berat badan, dengan usaha yang minimum. Semasa mandian sauna, degupan jantung meningkat dengan ketara disebabkan oleh haba kering.

Pemiawaian saintifik menunjukkan bahawa sesi sauna selama 20 minit pada suhu sekitar 76.6°C membakar lebih daripada 500 kalori.

 Metabolisme badan juga meningkat dengan cara yang serupa dengan latihan fizikal dan ia adalah kaedah yang baik untuk mengekalkan berat badan.

– Membantu meningkatkan prestasi semasa sukan ketahanan

Penggunaan sauna secara berkala boleh meningkatkan had toleransi haba. Ini membawa kepada kesan positif yang ketara dalam sukan ketahanan kerana pengguna biasanya mempunyai tahap toleransi haba yang lebih tinggi.

Maka dengan itu, mereka akan berasa kurang letih dan dapat mengekalkan tahap tenaga dan prestasi yang baik dalam jangka masa yang lama.

– Menjadikan rambut kelihatan hebat

Setiap individu mempunyai kelenjar khas yang disebut sebagai kelenjar sebum pada kulit kepala kita. Ia berfungsi dengan melepaskan sebatian yang membantu menganjalkan dan melembapkan rambut.

Menghabiskan masa di sauna boleh mengaktifkan kelenjar ini, yang kemudiannya akan melepaskan sebatian berguna ini bagi membantu menjadikan rambut kelihatan hebat.

Cara Menggunakan Sauna

Ada perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di sauna yang anda harus patuhi. Ini termasuklah:

  • Mandi dengan cepat selepas bersenam sebelum menggunakan sauna.
  • Masuk dan keluar dengan cepat. Sauna adalah kedap udara bagi memastikan haba kekal di dalamnya. Membiarkan pintu terbuka boleh menyebabkan haba terbebas keluar jadi anda harus keluar dan masuk dengan cepat.
  • Ambil maklum tentang pemakaian (atau tanpa pakaian) bagi individu di dalam sauna. Ada beberapa sauna yang tidak membenarkan pemakaian pakaian. Kebanyakannya memilih untuk menggunakan tuala atau baju mandi sahaja.
  • Sama ada anda memakai pakaian atau tidak, ianya adalah tidak wajar untuk terus duduk di bangku dalam bilik simpanan. Pastikan anda membawa tuala yang boleh dipakai, dan bawa bersama anda semasa anda meninggalkan bilik simpanan.
  • Jangan berbaring sekiranya sauna dalam keadaan sesak.
  • Sekiranya suhu terlalu panas atau sejuk untuk anda, dapatkan bantuan sebelum menyesuaikan termostat atau air pada batu sauna. Perlu diingatkan bahawa anda juga boleh menyesuaikan suhu mengikut keinginan anda dengan mengubah tahap tempat duduk anda.
  • Pastikan anda berbual dengan nada rendah, dan jangan lakukan aktiviti lasak. Tempat ini direka untuk bersantai.
  • Jangan cukur, cabut, sikat, atau hias rambut anda dengan cara apa pun semasa menggunakan sauna.
  • Jangan tinggalkan sampah apa pun, seperti plaster atau sepit rambut.

Sumber:

https://www.medicalnewstoday.com/articles/313109#what-is-a-sauna

https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/8-unexpected-benefits-sauna-that-will-impress-you.html

https://www.healthline.com/health/how-to-use-a-sauna#how-to

Summary
10 Kebaikan Sauna dan Cara Mengamalkannya
Article Name
10 Kebaikan Sauna dan Cara Mengamalkannya
Description
Sauna biasanya adalah bilik yang dipanaskan antara suhu 70 °C hingga 100 °C. Jom lihat kebaikan sauna kepada individu.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: