Now Reading
10 Kebaikan Ginseng Yang Baik Untuk Kesihatan

10 Kebaikan Ginseng Yang Baik Untuk Kesihatan

Ginseng

Ginseng digunakan dalam ubat tradisional Cina untuk berabad. Ia tumbuh dengan lambat, bersaiz pendek dengan akarnya boleh diklasifikasikan dalam 3 cara, bergantung pada berapa banyak ia tumbuh selalunya 10 hingga 20 cm : segar, putih atau merah.

Ginseng segar dituai sebelum 4 tahun, manakala ginseng putih dituai di antara 4 hingga 6 tahun dan ginseng merah dituai selepas 6 tahun ke atas.

Terdapat banyak jenis herba ginseng yang boleh didapati, tetapi ginseng Amerika yang paling popular adalah Panax quinquefolius dan ginseng Asia iaitu Panax ginseng.

Pengkaji mencadangkan kebaikan kesihatan yang berkaitan adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan tenaga

Ginseng mungkin membantu merangsang aktiviti fizikal dan mental pada seseorang yang terasa lemah dan kepenatan. Satu kajian menunjukkan hasil yang baik dalam membantu pesakit kanser yang mengalami keletihan.

Namun begitu, kesan peningkatan tenaga ginseng hanya boleh dilihat pada individu yang menjalani rawatan. Ia tidak menunjukkan peningkatan yang bererti secara statistik di kalangan mereka yang telah selesai menjalani rawatan kanser.

dengan bulimia, anda mungkin terlalu taksub tentang berat dan bentuk badan anda.

2. Merawat disfungsi ereksi dan tingkatkan kesuburan lelaki

Ginseng dianggap sebagai tonik atau adaptogenik yang meningkatkan prestasi seksual dan fizikal serta mempertingkatkan tenaga.

Di dalam satu kajian melibatkan 45 lelaki yang mengalami disfungsi ereksi, ginseng merah Korea (900 mg, 3 kali sehari) meningkatkan prestasi seksual keseluruhannya.

60% pesakit mengalami peningkatan ereksi, membuatkan ia menjadi rawatan efektif untuk disfungsi ereksi. Dalam kajian lain yang melibatkan 90 lelaki, ia mempunyai kadar keberkesanan yang sama tetapi 30% kumpulan placebo juga menampakkan peningkatan.

3. Baik untuk fungsi otak

Ginseng juga boleh mempertingkatkan fungsi otak seperti memori, tingkah laku dan mood. Sesetengah ujian tiub dan kajian haiwan menunjukkan komponen di dalamnya seperti ginsenosides dan sebatian K, melindungi otak daripada kerosakkan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Satu kajian melibatkan 30 individu sihat yang mengambil 200 mg ginseng Panax setiap hari untuk 4 minggu. Di akhir kajian, mereka menunjukkan peningkatan kesihatan mental, fungsi sosial dan mood.

Namun begitu, kebaikan ini berhenti menjadi signifikan selepas 8 minggu, mengatakan bahawa kesannya mungkin berkurangan apabila digunakan berterusan.

4. Mempunyai kesan anti-keradangan

Ginsenosides mungkin mempunyai kesan anti radang, berdasarkan hasil percubaan di dalam Journal of Translational Medicine.

Ia selalunya digunakan untuk mengurangkan keradangan. Pengkaji mengatakan bahawa ginsenosides mungkin memberi kebaikan kepada sistem imum yang boleh mengurangkan keradangan.

5. Meningkatkan fungsi imun

Di dalam kajian melibatkan 227 individu, mereka yang mengambil 100 mg ekstrak ginseng merah Korea (G115) berserta dengan vaksin selesema kurang mengalami batuk atau selesema. Hal ini kerana ia mempunyai tahap aktiviti sel pembunuh semula jadi yang tinggi.

Begitu juga dengan ekstrak ginseng Amerika yang berbeza membantu menghalang jangkitan saluran pernafasan dalam 3 kajian klinikal pada hampir 600 orang.

Mereka yang mengambil serbuk ginseng merah ketika rawatan kemoterapi mempunyai daya hidup tanpa penyakit sehingga 5 tahun dan kadar daya hidup keseluruhan berdasarkan kajian pada 42 individu.

Di dalam kajian lain yang melibatkan 96 individu yang mengalami kanser paru – paru, karbohidrat ginseng meningkatkan fungsi imun dengan meningkatkan Th1 cytokines (IFN-gamma and IL-2), di samping merendahkan Th2 cytokines (IL-4 and IL-5).

6. Menentang kanser

Selain itu, ia juga berfungsi untuk membantu dalam merendahkan risiko sesetengah kanser. Ginsenosides di dalam herba menunjukan bahawa ia membantu mengurangkan keradangan dan memberikan perlindungan anti oksidan.

Kitaran sel adalah proses di mana sel tumbuh secara normal dan terbelah. Ginsenosides boleh memberi manfaat pada kitaran ini dengan menghalang penghasilan dan pertumbuhan sel yang tidak normal.

Kajian sesetengah pengkaji menyimpulkan bahawa individu yang mengambilnya sebagai sebahagian daripada diet mungkin mempunyai 6% risiko yang rendah dalam pembentukan kanser, seperti kanser bibir, mulut, esophagus, perut, kolon, hati dan paru-paru, berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

Ia mungkin juga membantu mempertingkatkan kesihatan pesakit yang menjalani kemoterapi, mengurangkan kesan sampingan dan meningkatkan kesan sesetengah ubat rawatan.

Kajian pada fungsi ginseng dalam pencegahan kanser yang menunjukkan beberapa kebaikan, namun ia masih tidak pasti.

7. Mencegah selesema

Kajian pada kesan ginseng pada tikus menunjukkan kaitan yang berkemungkinan tentang ginseng dan rawatan serta pencegahan influenza dan pernafasan syncytial virus (RSV).

Kajian menunjukkan ekstrak ginseng merah mungkin meningkatkan daya hidup sel epithelial paru – paru manusia yang dijangkiti virus influenza.

Namun begitu, terdapat banyak kajian tindakan ginseng menentang virus tetapi kemudiannya dikatakan penyelidikan tersebut dikatakan diragui dan tidak boleh dipercayai.

8. Fungsi kognitif – Alzheimer

Dalam kajian melibatkan 61 orang pesakit Alzheimer, kedua – dua 4.5 g dan 9 g ginseng merah Korea sehari meningkatkan fungsi kognitif, berterusan pengambilannya sehingga 2 tahun.

Dalam kajian lain melibatkan 61 orang, rawatan dilakukan dengan 9 g (bukan 4.5 g) ginseng merah Korea sehari meningkatkan sesetengah simptom Alzheimer.

Selain itu, pengambilan 4.5 g ginseng haba yang diproses sehari selama 24 minggu meningkatkan fungsi kognitif dan simptom tingkah laku dalam kajian lain yang melibatkan 40 orang pesakit Alzheimer.

Merendahkan dos meningkatkan beberapa simptom Alzheimer juga. Formulasi herba dengan ginseng merah Korea dan ginkgo menurunkan penolakan kognitif di kalangan 60 individu yang mengalami masalah kognitif tahap sederhana.

Meskipun kelihatan boleh dipercayai, bukti yang menyokong kebaikan kesihatan ini agak terhad. Anda mungkin boleh mencubanya sebagai terapi tambahan Alzheimer atau keadaan lain yang melibatkan penolakan kognitif jika doktor anda mengatakan bahawa ia mungkin membantu dalam kes anda.

Jangan gunanya sebagai alternatif untuk menggantikan apa yang doktor anda telah sarankan atau preskripkan.

9. Menurunkan gula dalam darah

Sesetengah kajian menunjukkan ginseng mungkin membantu merendahkan tahap gula dalam darah anda dan membantu merawat diabetes. Ginsenosides mungkin memberi kesan pada penghasilan insulin di dalam pankreas dan mempertingkatkan ketahanan insulin menggunakan mekanisma lain.

10. Melawan kepenatan dan meningkatkan tahap tenaga

Ia dilihat membantu melawan keletihan dan meningkatkan tenaga. Pelbagai kajian haiwan berkaitan dengan sesetengah komponen ginseng seperti polysaccharides dan oligopeptides dengan merendahkan tekanan oksidatif dan meningkatkan penghasilan tenaga di dalam sel, di mana membantu melawan keletihan.

Satu kajian 4 minggu mengenalpasti kesan memberikan 1 atau 2 gram Panax ginseng atau placebo pada 90 individu yang menghidapi keletihan kronik.

Panax ginseng yang diberi dilihat mengurangkan keletihan fizikal dan mental, serta mengurangkan tekanan oksidatif berbanding mengambil placebo.

Memandangkan pelbagai kebaikan kesihatan ginseng sebagai suplemen adalah tidak pasti atau tidak disahkan, ia masih selamat untuk mengambilnya sebagai herba dalm dos yang sedikit jika ia memberikan anda kesan berkhasiat pada anda.

Suplemen boleh didapati untuk dibeli di atas talian. Bandingkan jenama dan produk untuk memastikan suplemen yang anda beli adalah sesuai dan selamat untuk anda. Selalulah bercakap dan berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil suplemen baharu.

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/ginseng-benefits

https://www.medicalnewstoday.com/articles/262982

error: Content is protected !!