biji aprikot
Biji aprikot mengandungi pelbagai sebatian berkhasiat seperti vitamin A, magnesium, potasium dan zat besi. Biji aprikot ini diketahui mengandungi jumlah sebatian kimia yang tinggi yang dipanggil Amigdalin. Ini merupakan beberapa kebaikan biji aprikot yang boleh anda dapati.

Biji aprikot mengandungi pelbagai sebatian berkhasiat seperti vitamin A, magnesium, potasium dan zat besi. Biji aprikot ini diketahui mengandungi jumlah sebatian kimia yang tinggi yang dipanggil Amigdalin.

Aprikot merupakan buah daripada kumpulan atau genus Prunus. Ini merupakan beberapa kebaikan biji buah aprikot yang boleh anda dapati.

1. Kaya dengan serat, membantu kesihatan pencernaan

Biji aprikot mengeluarkan 5% serat sebiji! Disebabkan ia kaya dengan serta, mengambilnya sebagai sebahagian daripada diet anda boleh membantu menjaga kesihatan pencernaan anda.

Diet serat atau serat yang boleh didapati daripada makan sayur-sayuran, buah, kekacang dan bijian memainkan peranan penting dalam fungsi dan kesihatan sistem organ pencernaan.

Serat memastikan kolon (bahagian usus yang terletak di antara sekum dengan rektum) sentiasa sihat, di samping memastikan proses dan saluran pencernaan teratur.

Pengambilan makanan yang tinggi serat dapat membantu pergerakan usus anda teratur dan membantu mengawal sebarang lebihan gas serta mengelakkan perut kembung.

Serat sering digunakan untuk merawat gas, cirit-birit dan sembelit dan mengambilnya secara berkala boleh mengelakkan sebarang masalah pencernaan.

2. Mengandungi thiamine dan asid lemak Omega- 3 yang menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung

Biji aprikot mengandungi tahap thiamine yang tinggi atau dikenali sebagai vitamin B1, di mana kajian menunjukkan ia boleh membantu menurunkan tekanan darah dan mengekalkan kesihatan jantung.

Thiamine boleh mengalakkan tekanan pam (sistolik) dan mengisi tekanan darah (diastolik) ke dalam dan ke luar jantung. Ia dilihat boleh membantu mencegah kegagalan jantung kongestif.

Di samping itu, kajian yang dilakukan di New Zealand menunjukkan bahawa thiamine memberikan kesan baik untuk menurunkan tekanan darah pada seseorang yang mengalami hipoglicemia pada tahap awal.

Biji aprikot juga mengandungi omega 3, asid lemak yang penting yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan. Berdasarkan University Harvard, omega 3 boleh mempertingkatkan kitaran dan merendahkan kadar jantung.

3. Membantu menghilangkan rasa sakit

Biji aprikot ditemui memberikan kesan melegakan kesakitan secara semula jadi. Kesan ini berkait dengan kewujudan benzaldehyde yang dikenali sebagai analgesik. Tambahan lagi, ia berguna dalam mengurangkan kesakitan di kalangan pesakit kanser.

4. Anti-keradangan dan merawat artritis

Sesetengah pengguna inti aprikot mengatakan bahawa ia berguna sebagai anti keradangan. Otot dan sendi yang sering mengalami keradangan disebabkan rasa sengal dan sakit, terutama jika anda penghidap artritis.

Kualiti antiradang pada biji aprikot membuatkannya sangat berguna digunakan sebagai rawatan rumah untuk merawat artritis.

Ia melegakan kesakitan dan bengkak pada bahagian yang mengalami keradangan jika diambil secara berkala. Sertakan ia sebagai sebahagian hidangan anda untuk hasil maksimum rawatan pada kesakitan artritis.

5. Zat besi pada biji aprikot menyokong kesihatan mata dan penglihatan

Biji aprikot mengandungi jumlah yang besar zat besi iaitu sebahagian daripada mineral penting. Zat besi memberikan khasiat tinggi pada kesihatan mata manusia.

Zat besi memainkan peranan penting membawa vitamin A kepada retina mata untuk membentuk melanin. Kekurangan zat besi menyebabkan penglihatan kabur pada waktu malam, katarak kelabu, degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan 40 hingga 80mg zat besi pada setiap hari boleh memperlambatkan perkembangan degenerasi makula.

6. Vitamin B17 mempertingkatkan pertahanan sistem imum

Penat rasa sakit? Isi aprikot menunjukkan kesan positif terhadap sistem imun yang boleh membantu membuatkan anda rasa sihat dan menyihatkan badan.

Vitamin B17 diketahui mempunyai ciri pertahanan imun. Kajian menunjukkan B17 boleh meningkatkan sistem imun dengan memperlahankan penyebaran penyakit dalam badan dengan membunuh sel berbahaya.

Berbincanglah dengan doktor anda tentang pengambilan aprikot dalam rutin anda dan akan memperolehi khasiat untuk sistem imun yang kuat tidak kira waktu.

7. Membantu mengekalkan keseimbangan pH

PH darah adalah alkali pada tahap 7.35 sehingga 7.45. Sebarang perubahan pada pH akan mempengaruhi kesihatan anda juga menyebabkan pelbagai penyakit.

Tahap keasidan tinggi menunjukkan badan lemah dan tidak sihat. Mengekalkan tahap keseimbangan asid adalah penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Biji aprikot adalah sumber vitamin B17, yang alkali secara semula jadi. Penggunaan dan pengambilan biji aprikot membantu meneutralkan kes keasidan ringan serta menjaga keseimbangan pH yang sangat baik.

8. Biji aprikot dan perkaitan dengan kanser

Biji aprikot kaya dengan bahan yang dikenali sebagai Amigdalin yang juga dikenali sebagai vitamin B17. Ia adalah nutrien penting yang sangat popular yang dikatakan mampu melawan sel kanser.

Walaupun belum ada bukti yang pasti tentang penemuan ini, ia banyak digunakan untuk rawatan kanser. Berdasarkan pelbagai kajian, vitamin B17 di dalam biji aprikot mengeluarkan sianida daripada dalam tubuh anda, menyerang dan menghapuskan kanser yang merebak pada sel, menjaga sel-sel sihat agar kekal di dalam badan.

Hasilnya, badan anda mampu untuk melawan sel barah daripada meningkat dengan pengambilan biji aprikot. Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan bahawa kanser yang mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrisi dan kekurangan vitamin B17 dalam badan.

Malah, telah ditemui sejumlah populasi berbeza yang mengehadkan pengambilan makanan tetapi dengan pengambilan berkala vitamin B17 boleh mencegah kanser.

9. Minyak biji aprikot digunakan secara meluas untuk menggalakkan kesihatan kulit

Apabila ia diekstrak menjadi minyak, isi aprikot digunakan dalam pelbagai kaedah kosmetik, terutama dalam penjagaan kulit. Minyak biji aprikot kaya dengan pelbagai asid lemak yang penting (oleik dan linoleik), vitamin A dan E, dan membantu melembapkan serta menyuburkan kulit terutama pada kulit kering dan matang.

Ia digunakan secara meluas dalam industri kosmetik terutama pada krim, sabun dan losyen kulit. Minyak tersebut mudah diserap dan tidak meninggalkan sebarang sisa minyak. Ia juga popular sebagai minyak urut dan digunakan untuk berjemur.

10. Mengurangkan keletihan dan kepenatan dengan zat besi dan fosforus

Biji aprikot mengandungi zat besi dan fosforus yang banyak, ia membantu mengekalkan tenaga dan mengurangkan rasa letih dan penat.

Zat besi membantu anda meningkatkan jumlah darah dan kadar oksigen, menjadikan tubuh anda sihat, kuat serta bertenaga.

Fosfor mempunyai hubungan langsung dengan pengeluaran tenaga dalam badan, jadi dengan kekurangan salah satu nutrien ini boleh menyebabkan keletihan, lemah otot, serta menurunkan fungsi normal sistem badan anda.

KESIMPULAN,

Biji aprikot mempunyai pelbagai nutrien dan khasiat memberikan manfaat kepada setiap orang yang mengambilnya. Daripada mata hingga ke penjagaan kulit serta kesihatan pernafasan, biji hebat ini tidak boleh ditidakkan kehebatannya.

SUMBER

https://www.apricotpower.com/blog/17-Insane-Benefits-of-Apricot-Seeds-The-Ultimate-Source-of-Vitamin-B17

https://www.healthline.com/health/can-apricot-seeds-treat-cancer

Summary
10 Kebaikan Biji Aprikot
Article Name
10 Kebaikan Biji Aprikot
Description
Biji aprikot mengandungi pelbagai sebatian berkhasiat seperti vitamin A, magnesium, potasium dan zat besi. Biji aprikot ini diketahui mengandungi jumlah sebatian kimia yang tinggi yang dipanggil Amigdalin. Ini merupakan beberapa kebaikan biji aprikot yang boleh anda dapati.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: