Selalunya, kerja-kerja memotong rumput diserahkan kepada pekerja sambilan. Mesin potong rumput mempunyai banyak bentuk, jenis, ukuran, dan jenama yang boleh disesuaikan dengan kegunaan anda.

Mesin pemotong rumput berfungsi dengan cara menyalurkan putaran pada bilah kipas dengan kuat. Bilah kipas adalah bahagian yang digunakan untuk memotong rumput. Bilah kipas pemotong pada mesin potong rumput juga mendapat tenaga kinetik melalui hasil putaran bilahnya yang laju. Hasilnya, rumput yang dipotong akan kelihatan kemas.

Terdapat pelbagai jenis mesin rumput yang berada di pasaran. anda boleh membeli mesin potong rumput mengikut bajet anda sendiri.

Pada hantaran kali ini, kami kongsikan dengan anda 10 jenis mesin pemotong rumput terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia yang boleh anda gunakan untuk menjaga halaman atau kebun anda.

  • AL-KO 119617 HIGHLINE 46.5 SP-A28 990

Model mesin pemotong rumput ini mempunyai kotak pengumpulan yang berkapasiti besar iaitu 70 L. Ia juga mempunyai bahagian penanda isian. Model ini adalah sangat popular di pasaran. Ia tidak mengeluarkan bunyi yang bising dan berfungsi dalam keadaan yang agak senyap dan boleh memotong rumput yang mempunyai panjang sehingga 20-30cm. Selain itu, ia juga mempunyai tujuh tahap pelarasan pemotongan sehingga 80mm.

  • BOSCH ROTAK 32

Bosch Rotak 32 ini dicirikan oleh kesederhanaan dan kemudahan pengendaliannya. Mesin ini mampu bekerja untuk memotong sehingga 300 meter persegi. Pada masa yang sama, mesin ini juga mempunyai harga yang setanding dengan kemampuan ergonomiknya. Namun begitu, model ini mengambil sedikit ruang kerana pegangan yang boleh disesuaikan dan dimensi padat. Penangkap rumputnya pula mampu menampung sehingga 31 L. Pengguna yang telah membeli dan menggunakan mesin model ini memberi respons yang positif terhadap model kuasa mesin ini yang baik.

  • BOSCH ARM 32

Sekiranya anda mempunyai laman berumput seluas 600 meter persegi, anda harus membeli mesin pemotong rumput yang memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan laman anda. Oleh itu, model Bosch ini adalah yang terbaik untuk anda. Dengan lebar pemotongan sepanjang 32cm, dan ketinggian dari 20mm hingga 60mm, memotong rumput dengan mesin ini terasa seperti sedang berjalan-jalan. Ia mempunyai tangki pengumpulan sebesar 31 L dan mempunyai berat 6.8kg.

  • MTD SMART 395 PO 

Mesin pemotong rumput ini berfungsi dengan menggunakan petrol. Ia sangat sesuai untuk kawasan seluas 800 meter persegi. Setelah mengisi petrol pada bahagian tangki, anda boleh menggunakannya untuk jangka masa yang lama. Lebar pemotongannya pula adalah sepanjang 39.5cm. Mesin ini juga mempunyai ketinggian yang boleh disesuaikan bermula dari 36mm hingga 72mm. Dengan beg berkapasiti 40 L, ia memudahkan anda untuk memotong rumput dengan lebih kerap.

  • GARDENA R70Li

Ini sebenarnya adalah robot berbentuk mesin yang mampu memotong rumputDengan mesin seperti Gardena, laman anda akan kelihatan kemas, cantik, dan menakjubkan. Apa yang lebih menarik adalah ia mampu memotong di kawasan berkeluasan seluas 400 meter persegi. Ketinggiannya pula boleh disesuaikan dari 25mm hingga 46mm, dan ia berfungsi dengan menggunakan bateri lithium-ion. Bateri ini hanya memerlukan satu jam lebih untuk dicas dengan penuh. Beratnya pula adalah 7.5kg.

  • CUB CADET LT2NR92

Mesin pemotong rumput Cub Cadet sesuai untuk kawasan seluas 2500 meter persegi. Mesin Cub Cadet mempunyai lebar pemotongan 92cm dan ketinggian yang boleh disesuaikan dari 30 hingga 95mm.Ia menggunakan daya tarikan hidrostatik dan mempunyai dua pedal. Selain itu, Cub Cadet juga mempunyai tangki bahan bakar sebanyak 3.8L dan beg pengumpulan 240L. Beratnya pula adalah 195kg.

  • DAEWOO POWER PRODUCTS DLM1400E

Daewoo adalah jenama yang tidak asing lagi dan pastinya boleh dipercayai untuk alatan berkebun. Mesin pemotong rumput ini sangat sempurna untuk anda gunakan untuk memotong rumput di halaman anda. Ia mempunyai posisi ketinggian yang boleh dilaraskan, berkapasiti 35 L, dan mempunyai 5 beg pengumpulan. Ketinggian pemegang mesin ini boleh dilaraskan untuk mengelakkan sakit belakang dan bahu semasa menjalankan kerja-kerja memotong rumput.

  • MAKITA ELM3320 330MM (13 INCHES) ELECTRIC LAWAN MOWER

Mesin ini mampu menyelesaikan kegusaran anda sekiranya anda mempunyai masalah dengan menghabiskan masa selama beberapa jam hanya untuk memotong rumput dihujung dinding atau pagar kediaman rumah anda. Dengan tuil pelaras ketinggian yang berbentuk D dan juga pemegang cengkaman, ia mampu memudahkan kerja-kerja memotong rumput. Selain itu, anda juga boleh melaraskan ketinggian potongan yang anda mahukan dan hasilnya yang baik dan kemas pasti akan mengejutkan anda.

  • EINHELL BG-EM 1437

Dengan menggunakan mesin pemotong rumput ini, ia adalah lebih mudah untuk anda memiliki landskap yang lebih ideal di halaman kediaman anda dan ia juga lebih selamat dan mudah untuk anda semasa melakukan kerja-kerja pemotongan rumput. Mesin ini mempunyai motor berkuasa karbon. Selain itu, ia juga didatangkan dengan suis dead man, pemegang yang boleh dilipat untuk menjimatkan ruang penyimpanannya, dan juga dilengkapi dengan kabel tahan lasak. Kapasitinya pula adalah 36 L.

  • MATRIX COMBO ALM40 X-ONE

Mesin ini menggunakan teknologi wireless. Perkara ini membuatkan mesin ini mudah untuk digunakan di kawasan halaman berumput anda. Ia mempunyai enam tahap tetapan ketinggian potongan yang boleh anda laraskan dan mempunyai kotak berkapasiti 35 L. Kapasiti voltannya juga sesuai digunakan di kawasan kediaman anda. Mesin ini adalah pilihan yang paling sesuai buat anda yang selalu berkebun dan berlandskap dengan serius kerana hasilnya kelihatan amat profesional sekali.

Memiliki mesin pemotong rumput sendiri di rumah pasti memudahkan kerja anda untuk membersihkan rumput-rumput yang meliar di sekitar halaman anda. Selepas membaca perkongsian ini, anda bolehlah memilih mesin pemotong rumput yang anda suka dan sesuai dengan kegunaan anda, dan anda juga tidak perlu lagi mengupah pekerja sambilan untuk memotong rumput. Semoga bermanfaat.

Tagged: