10 Jenis Kacang Yang Sangat Berkhasiat
Secara umum, kacang adalah sumber lemak, serat dan protein yang baik.

Secara umum, kacang adalah sumber lemak, serat dan protein yang berkhasiat. Kebanyakan lemak dalam kacang adalah dari jenis lemak ‘monounsaturated’ serta lemak omega-6 dan omega-3 ‘polyunsaturated’. Selain itu, kekacang juga diperkaya dengan kandungan vitamin dan mineral seperti magnesium dan vitamin E.

Banyak kajian telah dilakukan untuk mengkaji khasiat sebenar pengambilan kacang. Satu analisis daripada 33 kajian menunjukkan bahawa diet yang tinggi dengan kacang tidak memberi kesan ketara terhadap kenaikan atau penurunan berat badan.

Walau bagaimanapun, banyak kajian lain menunjukkan bahawa individu yang makan kacang hidup lebih lama daripada mereka yang tidak memakannya. Ini mungkin disebabkan oleh keupayaan kacang untuk menghindari beberapa penyakit kronik.

Sebagai contoh, kacang boleh mengurangkan faktor risiko sindrom metabolik seperti tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol. Malahan, satu kajian yang dijalankan ke atas 1200 orang peserta telah menjumpai bahawa pengamalam diet Mediterranean disertai dengan pengambilan sebanyak 30 gram kacang setiap hari, mengurangkan kemungkinan sindrom metabolik melebihi daripada diet rendah lemak atau diet Mediterranean bersama minyak zaitun.

Tambahan lagi, kacang mungkin mengurangkan risiko penyakit kronik lain seperti kencing manis dan kanser-kanser tertentu. Mari ketahui jenis kacang yang berkhasiat dan mampu menyelamatkan nyawa anda!

1. Kacang Badam

Kacang badam adalah sejenis kacang dari pokok yang mengandungi sejumlah besar nutrien yang berkhasiat.

Kacang badam dipercayi boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Sesetengah kajian kecil menjumpai bahawa memakan diet tinggi kacang badam dapat mengurangkan kolesterol jahat, jumlah kolesterol dan kolestrol jahat terokisidasi. Ketiga-tiga ini adalah bebahaya bagi kesihatan jantung anda.

Walau bagaimanapun, satu kajian besar yang menggabungkan hasil 5 kajian lain menjelaskan bahawa bukti yang diperolehi daripada kajian sebelum ini adalah tidak mencukupi untuk mengesahkan keputusan kajian.

Namun begitu, kacang badam yang dimakan bersama diet rendah kalori boleh membantu penurunan berat badan dan mengurangkan tekanan darah pada individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Sebagai tambahan, memakan hidangan bersama 28gram kacang badam boleh mengurangkan peningkatan gula darah yang berlaku selepas makan yang berlaku kepada 30% individu yang menghidap kencing manis.

Selain itu, kacang badam juga ditunjukkan dapat mengurangkan keradangan daam individu yang mempunyai penyakit kencing manis jenis 2.  

2. Kacang Pistachio

Kacang pistachio adalah kacang yang biasa dimakan dan tinggi kandungan serat. Sama seperti kacang badam, pistachio boleh memperbaiki kadar kolesterol. Makan sebanyak 56-84gram kacang pistachio sehari boleh meningkatkan kolesterol baik dalam badan.

Selain itu, kacang pistachio juga boleh memperbaiki faktor risiko penyakit jantung laun termasuklah tekanan darah tinggi, berat badan dan status oksidatif. Status oksidatif merujuk kepada kadar darah kimia teroksida yang boleh menyumbang kepada penyakit jantung.

Kacang pistachio juga boleh mengurangkan peningkatan gula darah selepas makan.

3. Kacang Walnat

Kacang walnat sangat terkenal dan merupakan sumber terbaik bagi asid lemak omega-3. Kacang ini juga boleh memperbaiki risiko penyakit jantung oleh kerana kandungan asid alfa-linoleik.

Sesetengah kajian berskala besar menjumpai bahawa memakan kacang walnat menurunkan jumlah kolesterol jahat secara ketara disamping meningkatkan kadar kolesterol baik.

Sebagai tambahan, kacang walnat mungkin membantu mengurangkan keradangan yang boleh mengakibatkan penyakit kronik lain. Menariknya, satu kajian yang dijalankan melibatkan pelajar koleh menjumpai bahawa memakan kacang walnat meningkatkan keadaan kognitif yang digelar “pemikiran inferensi”. Hal ini membuktikan kacang walnat mungkin mempunyai kesan yang baik pada otak.

4. Kacang Gajus

Kacang gajus adalah sebahagian daripada keluarga pokok kacang yang mempunyai profil nutrien yang baik. Sejumlah kajian telah memeriksa sama ada diet tinggi kacang gajus boleh memperbaiki simptom sindrom metabolik atau tidak.

Satu kajian telah menemui bahawa diet yang mengandungi 20% kalori daripada kacang gajus memperbaiki tekanan darah dalam kalangan individu yang mempunyai sindrom metabolik.

Kajian lain pula menjumpai kacang gajus meningkatkan potensi antioksidan diet tersebut. Apa yang mengujakan, beberapa kajian telah menunjukkan diet tinggi kacang gajus mampu meningkatkan kadar gula darah bagi individu yang mempunyai sindrom metabolik.

Malah, satu kajian besar yang lain pula memerhatikan bahawa diet tinggi kacang gajus mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan kadar kolesterol baik. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini tidak menunujukkan sebarang peningkatan dari segi berat badan atau kadar gula darah.

5. Kacang Pecan

Kacang pecan kebiasaannya digunakan dalam hidangan pencuci mulut, tetapi ia juga sangat berkhasiat apabila dimakan begitu sahaja. Beberapa kajian menunjukkan kacang pecan mengurangkan kadar kolesterol jahat di kalangan individu yang mempunyai kadar kolesterol yang normal.

Sama seperti kekacang yang lain, kacang pecan turut mengandungi polifenol, iaitu sejenis kompaun yang bertindak sebagai antioksidan.

Dalam satu kajian selama 4 minggu, individu yang makan kacang pecan sebanyak 20% daripada pengambilan kalori harian menunjukkan peningkatan profil antioksidan dalam darah mereka.

6. Kacang Macadamia

Kacang macadamia mengandungi rangkaian besar nutrien dan ia adalah sumber lemak ‘monounsturated’ terbaik. Banyak manfaat kesihatan kacang macadamia berkait rapat dengan kesihatan jantung. Ia mungkin disebabkan oleh kandungan lemak monounsaturated yang tinggi.

Sejumlah kajian menunjukkan diet tinggi dengan kacang macadamia boleh mengurangkan jumlah kolesterol baik bagi individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Selain itu, diet tinggi kacang macadamia memberikan kesan yang sama seperti diet yang sihat untuk jantung seperti yang disyorkan oleh pakar kesihatan.

Sebagai tambahan, kacang macadamia mungkin menurangkan faktor risiko lain penyakit jantung termasuklah tekanan oksidatif dan keradangan.

7. Kacang Brazil

Kacang Brazil berasal daripada sejenis pokok di Amazon dan mengandungi sumber selenium yang tinggi. Selenium merupakan sejenis mineral yang bertindak sebagai antioksidan. Walaupun ia digunakan oleh beberapa fungsi badan anda hanya perlu memperolehinya daripada sebahagian kecil kacang Brazil dalam diet anda.

Sebanyak 28gram hidangan kacang Brazil boleh memberikan anda 100% cadangan pengambilan harian selenium. Kekurangan selenium jarang berlaku dan hanya akan terjadi dalam keadaan penyakit tertentu. Sebagai contoh, satu kajian menjumpai bahawa individu yang menjalani hemodialisis untuk penyakit buah pinggang mempunyai kekurangan selenium. Apabila mereka makan sebanya sebiji kacang Brazil setiap hari dalam masa 3 bulan, tahap selenium darah mereka kembali normal dan kacang ini mempunyai kesan antioksidan dalam darah mereka.

Selain itu, kacang Brazil juga boleh mengurangkan tahap kolesterol dan mengurangkan tekanan oksidatif dan memperbaiki fungsi saluran darah dalam kalangan remaja obes.

Akhir sekali, kacang Brazil mungkin mengurangkan keradangan dalam individu yang sihat dan mereka yang sedang menjalani hemodialisis.

8. Kacang Tanah

Berbeza daripada kacang-kacang lain dalam artikel ini, kacang tanah bukanlah berasal dari pokok kacang namun ia merupakan keluarga legume. Namun begitu, ia mempunyai nutrien dan kelebihan kesihatan yang sama seperti kacang dari pokok.

Satu kajian yang dijalankan ke atas 120,000 individu menjumpai bahawa pengambilan kacang tanah yang banyak dikaitkan dengan kadar kematian yang rendah. Selain itu, kacang tanah juga mampu memperbaiki faktor risiko penyakit jantung.

Satu kajian menjumpai bahawa wanita yang makan mentega kacang sebanyak 5 kali dalam seminggu mempunyai kadar penyakit kencing manis jenis 2 yang rendah. Tambahan lagi, kadar penyakit asma dan alahan mungkin lebih rendah bagi kanak-kanak yang mempunyai ibu yang makan kacang tanah sekali atau lebih pada setiap minggu ketika hamil.  

Walau bagaimanapun, kebanyakan jenama kacang tanah mengandungi minyak, gula dan bahan-bahan tambahan lain. Jadi, ia adalah lebih baik untuk memilih kacang tanah yang tidak mengandungi bahan-bahan tersebut dalam jumlah yang tinggi. Malah, kacang tanah yang ditambah garam turut mengurangkan kandungan nutrien kacang ini. Pilihlah kacang tanah yang kosong, tidak bergaram dan tidak berperisa.

9. Buah Keras

Buah keras merupakan sumber terbaik bagi serat. Antara kelebihannya adalah ia boleh membantu proses pencernaan sekiranya dimakan secara berkala. Selain itu, memakannya secara berterusan turut menggalakkan pergerakan usus yang baik kerana kandungan minyaknya yang berfungsi seperti laksatif.

Seterusnya, buah keras juga adalah kekacang yang baik untuk oleh melegakan jangkitan kulat. Jangkitan kulat mungkin tidak berbahaya tetapi ia boleh menyebabkan pesakitnya mengalami ketidakselesaan yang teruk. Minyak buah keras boleh digunakan di bahagian badan anda yang mempunyai jangkitan kulat.

10. Kacang Pain

Walaupun kacang pain mengandungi lemak yang tinggi, memakan kacang ini dalam jumlah yang sederhana secara berkala boleh membantu menurunkan berat badan. Ini kerana kacang ini mengandungi asid pinolenic yang dijumpai berkesan untuk menahan selera makan.

Selain itu, memakan kacang pain boleh menyumbang kepada kesihatan jantung anda. Ia merupakan sumber asid lemak ‘monounsaturated’ yang bagus. Pengambilan sihat lemak ini telah dikaitkan dengan kadar kolesterol yang rendah dan risiko sakit jantung yang rendah. Malah, kacang berkhasiat ini turut diperkaya dengan vitamin E, vitamin K, kuprum, zat besi dan mangan yang tinggi. Semua bahan ini sangat baik untuk sistem kardiovaskular.

Sumber

https://www.healthline.com/nutrition/9-healthy-nuts

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323042

https://www.health.com/weight-loss/the-healthiest-nuts-for-your-body

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/nuts/art-20046635

Summary
10 Jenis Kacang Yang Sangat Berkhasiat
Article Name
10 Jenis Kacang Yang Sangat Berkhasiat
Description
Kacang mungkin mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis dan kanser. Ketahuilah jenis kacang berkhasiat buat diri anda!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: