ampoule

Ampoule adalah sejenis serum yang yang mempunyai kepekatan bahan aktif yang lebih tinggi, yang anda akan ingin menggunakan untuk jangka masa tertentu sebagai penggalak atau ketika anda mengalami apa-apa krisis kulit. Anda dinasihatkan lebih baik menggunakannya sebelum aplikasi esen atau serum anda. Ampoule biasanya dibungkuskan di dalam botol yang lebih kecil dan didatangi dengan satu penitis bersamanya. Produk kecantikan ini mempunyai pelbagai jenis di dalam pasaran yang anda boleh memilih mengikut kesesuaian diri anda.

commonlabs vit e ampoule

Commonlabs Vitamin E Calming Ampoule

RM71.00

Ampoule ini adalah sangat menenangkan dengan ramuan tea tree oil sebanyak 72% dan vitamin E untuk merawat dan mengawal pelbagai punca masalah kulit anda. Tea tree oil berkesan untuk merawat jerawat dan sebum di kulit anda. Produk ini mempunyai ramuan yang dipatenkan dengan teknologi Gesolza yang berfungsi untuk merawat jerawat di muka anda. Dengan pengguna kerap, tekstur kulit akan tampak lebih halus dan lembut.

Dr Morita Whitening Ampoule

Dr Morita Whitening Ampoule

RM39.90

Ampoule pemutihan yang berkonsentrasi tinggi jenama Dr.Morita ini mengandungi 2.9% asid tranexamic, dan asid hyaluronic yang berkualiti tinggi dari Jepun. Ia amat berkesan dalam mencerahkan tona kulit, meringankan bintik gelap dan pigmentasi di kulit muka anda. Asid hyaluronic berfungsi untuk membantu melembabkan kulit pada masa yang sama. Produk ini sesuai digunakan pada waktu siang dan malam. Produk pemutihan berkepekatan tinggi 15g sesuai untuk kulit kusam dan letih.

centella ampoule

Centella Ampoule

RM79.00

Produk ini mempunyai fungsi serba guna untuk membantu penambahbaikan, menenangkan, melembutkan dan meremajakan kulit anda. Produk ini menggunakan 100% ekstrak yang berkualiti tinggi dari Centella Asiatica yang dituai di negara Madagascar, produk ini menawarkan penghidratan yang kuat dan mengimbangkan sebum, mengurangkan jerawat, tompok kering, iritasi kulit dan mencegah tanda-tanda penuaan. Ia juga menenangkan noda dan mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan, mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi, dan memberikan penghidratan yang mendalam.

skindom hydartion ampoule

Skindom Hydration Ampoule

RM82.50

Produk ini mempunyai ramuan yang sangat menghidratkan untuk kulit anda. Ia mengandungi asid hyaluronik yang mengunci kelembapan di kulit anda, natrium hyaluronik iaitu sejenis natrium tumbuhan yang mudah diserap kedalam kulit anda, dan juga bahan anti-penuaan aktif untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan awal. Produk ini juga diperkayakan dengan ekstrak bunga Chamomilla Recutita dan ekstrak daun aloe untuk menenangkan iritasi kulit dan keradangan di muka dan leher anda.

bio essence gold ampoule

Bio Essence Gold Ampoule

RM69.90

Produk ini melembapkan dan membantu kulit menjadi lebih cerah dan licin. Ia mengandungi bunga mawar Damask yang dipilih setiap pagi kerana ia mengandungi minyak pati yang paling pekat pada waktu itu dimana ia diekstrak dengan segera dari kelopak mawar untuk kesegaran yang optimum. Apabila bahan ini diserap ke dalam kulit anda, ia dapat membantu melembabkan kulit dan melegakan tanda-tanda keletihan kulit, menjadikannya nampak segar, cerah dan semaking lembut.

AHC Light ampoule

AHC Capture Solution Prime Moist Ampoule

RM29.50

Produk ini menjadikan kulit kering, semakin lembap dan lembut. Formula produk ini akan menggandakan fungsi pelembab asid hyaluronik dan ekstrak yang telah difermentasi maka menjadikan kulit semakin lembap dan sihat. Ia menyerap ke dalam kulit dengan cepat dan membolehkan bahan aktif serap dengan efektif ke dalam kulit anda. Ia menggunakan kaedah hidrogel liposom yang dipatenkan untuk meningkatkan kadar penyerapan ke dalam kulit, dan memberikan kesan yang lebih efektif kepada kulit secara mendalam.

axis artichoke ampoule

AXIS-Y Artichoke Intensive Skin Barrier Ampoule

RM68.00

Produk ini memberikan antioksidan, nutrien, dan penghidratan yang kaya untuk menyembuhkan kulit yang rosak dan iritasi serta mengurangkan penampilan garis halus di kulit anda. Ia mengandungi Fitonutrien yang mampu bertahan terhadap bakteria dan bahan pencemar untuk mencegah kerosakan dan iritasi di muka. Ampoule ini mampu mengecilkan saiz pori dan menyembuhkan kulit yang rosak dan mengurangkan pengeluaran minyak. Produk ini tidak berasa melekit dan sesuai untuk semua jenis kulit.

missha bee pollen ampoule

MISSHA Bee Pollen Renew Ampouler 40ml

RM67.50

Produk ini mempunyai serbuk sari lebah dengan ekstrak debunga bunga untuk lebih keanjalan dan pertumbuhan semula sel yang lebih cepat. Tenaga dari antioksidan debunga akan membantu memberi daya hidup yang lebih diperkayakan pada kulit anda, selain itu ia juga dapat mengurangkan kedutan pada muka anda. Produk penjagaan kulit hypoallergenic ini adalah amat sesuai untuk kulit yang sensitif. Ia juga telah diuji secara dermatologi, dan tidak mengandungi paraben dan alkohol benzil.

laneige white dew ampoule

Laneige White Dew Ampoule Essence

RM28.00

Produk ini akan mencerahkan bintik-bintik gelap dan memperbaiki warna kulit. Moisture Whitening Essence berfungi untuk mencerahkan bintik-bintik gelap dan memperbaiki warna kulit supaya lebih sempurna dan cerah. Ia mengandungi Panthenol dan Beta-Glucan untuk melegakan kerengsaan kulit untuk kesan yang menenangkan. Formula di dalam produk ini akan melembapkan kulit, menyerap dengan cepat untuk membentuk filem kelembapan di atas kulit supaya tahan lama. Ia juga akan memperbaiki bintik-bintik gelap, jeragat, cela dan warna kulit yang tidak sekata.

common labs vit b5 ampoule

Commonlabs Vitamin B5 Moisture Ampoule

RM71.00

Produk ini mengandungi 10.8% Vitamin B5, yang dikenali sebagai asid panthenic, yang menambah penghidratan pada kulit yang rosak akibat kekeringan, kerengsaan dan memperbaiki kulit agar kelihatan lebih berseri dan sihat. Diformulasikan dengan bahan-bahan yang menghidrat dan menenangkan kulit seperti ekstrak madu, esen vanila dan trehalosa. Produk ini adalah bebas dari 8 bahan berbahaya, iaitu 6 jenis paraben (Methylparaben, Ethylparaben, Propylparaben, Butylparaben, Isopropylparaben, Isobutylparaben) CMIT & MIT dan Triclosan.

Summary
10 Jenis Ampoule di Pasaran Yang Baik Untuk Muka
Article Name
10 Jenis Ampoule di Pasaran Yang Baik Untuk Muka
Description
AMPOULE adalah sejenis serum yang yang mempunyai kepekatan bahan aktif yang lebih tinggi, yang anda akan ingin menggunakan untuk jangka masa tertentu sebagai penggalak atau ketika anda mengalami apa-apa krisis kulit. Anda dinasihatkan lebih baik menggunakannya sebelum aplikasi esen atau serum anda. Ampul biasanya dibungkuskan di dalam botol yang lebih kecil dan didatangi dengan satu penitis bersamanya. Produk kecantikan ini mempunyai pelbagai jenis di dalam pasaran yang anda boleh memilih mengikut kesesuaian diri anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: