UBAT GIGI
Ubat gigi merupakan antara barang keperluan yang mesti ada di dalam bilik air selain berus gigi. Pemilihan ubat gigi yang bagus membantu anda

Ubat gigi merupakan antara barang keperluan yang mesti ada di dalam bilik air selain berus gigi. Pemilihan ubat gigi yang bagus membantu anda menangani masalah oral yang anda hadapi. Ini merupakan senarai jenama ubat gigi yang terlaris di Malaysia.

1. Colgate Charcoal Deep Clean Toothpaste

Ia memberikan anda 12 jam perlindungan mulut menentang pembentukan bakteria. Ia diformulasi dengan unik serta disahkan secara klinikal membantu menghalang kaviti, plak, masalah gusi, sensitiviti, tartar, enamel, gigi kotor dan mulut berbau. Partikle arang yang sangat halus membersihkan keseluruhan mulut anda dengan mendalam.

2. Systema Advance Extra Gum Protection

ubat gigi

Ubat gigi anti plak menggunakan teknologi Jepun yang memecahkan plak dan membunuh 99.9% bakteria di bahagian yang sukar dicapai di samping melegakan ketidakselesaan gusi. Ia memberikan perlindungan 24 jam menentang bakteria oral dan menghalang masalah gusi 4 kali lebih baik daripada ubat gigi biasa.

3. Marine Essence Bamboo Salt Toothpaste

Marine Essense diperkaya dengan ramuan botani Xylitol dan Rheno-SFETM membantu gigi jadi lebih bersih, gusi yang sihat dan nafas yang menyegarkan setiap hari. Jadi ia sangat sesuai untuk anda yang mengalami ulser mulut, gusi berdarah kerana garam buluh di dalamnya boleh merawat dan menyembuh luka di dalam mulut anda.

4. ZACT Whitening Toothpaste

ubat gigi

Ia mengandungi kekuatan menanggalkan kotoran sebanyak 60% lebih daripada ubat gigi biasa dan membersihkan gigi secara efektif. Ia mengandungi formula menanggalkan dwi kotoran CAC dan AOX yang menanggalkan kotoran degil disebabkan kopi, teh dan tembakau. Fluorida membantu melawan kaviti dan menghalang pembentukan kaviti.

5. Sensodyne Rapid Relief

Ia disahkan secara klinikal memberikan kelegaan segera masalah gigi sensitif anda. Formula unik yang membina pelindungan pada bahagian sensitif pada gigi anda. Ia memberikan kelegaan dari berusan pertama dengan perlindungan berterusan.

6. Parodontax Original

ubat gigi

Terlaris dijual sebaik sahaja ia memenuhi iklan di televisyen. Paradontax pastinya pilihan yang tepat untuk menyelesaikan masalah gusi berdarah anda. Ia juga memastikan gusi sihat, gigi yang kuat serta mulut berbau segar.

7. Himalaya Toothpaste Active Fresh Herb

Mengandungi bahan herba yang menyegarkan, memastikan nafas segar berpanjangan. Mentol yang bertindak sebagai ejen penyegar semula jadi manakala dil daripada India menghalang mulut berbau manakala bunga cengkih dan jintan hitam efektif untuk mengetatkan gusi.

8. DARLIE Toothpaste Double Action Multicare

Ia diperkaya dengan esen dwi pudina, vitamin E dan pelbagai mineral. Formula unik ini memberikan nafas yang segar dan pelbagai khasiat dengan mengurangkan plak gigi, menguatkan gigi, mengekalkan gusi yang sihat dan mengurangkan bakteria pada gigi.

9. Oral –B Tooth and Gum Care

ubat gigi

Menggunakan ubat gigi Oral-B Tooth & Gum Care untuk kesihatan mulut dan gusi. Ia mengandungi fluorida untuk melawan kaviti, membantu melawan plak dan mempunyai rasa pudina yang menyegarkan untuk kegunaan harian.

10. Safi Toothpaste Kayu Sugi

Ubat gigi mikro kalsium ini digemari ramai, mengandungi kayu gigi dan habbatus sauda sebagai bahan utama. Ia membantu memutihkan gigi anda malah menjadikan gigi anda 2 kali lebih kuat menentang kaviti menjadikan ia lebih sihat.

SUMBER

WATSON

Summary
10 jenama ubat gigi yang terlaris di Malaysia
Article Name
10 jenama ubat gigi yang terlaris di Malaysia
Description
Ubat gigi merupakan antara keperluan yang mesti ada dalam bilik air. Pemilihan ubat gigi yang bagus membantu anda menangani masalah oral yang anda hadapi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: