Hantaran Tunang

Hantaran tunang adalah antara perkara utama yang perlu difikirkan apabila mahu mengikat tali pertunangan dengan sang kekasih hati.

Meskipun ia cuma sekadar adat Melayu yang diikut secara turun-temurun bagi memeriahkan sesebuah majlis pertunangan dalam meraikan pasangan yang bakal disatukan, kita pastinya mahu memberi persembahan yang terbaik kepada pihak pasangan.

Cara Betul Memberi Hantaran Kepada Pasangan Mengikut Adat Melayu

Masyarakat Melayu umumnya sangat berpegang tenguh kepada adat resam. Sesuatu pertunangan atau perkahwinan tidak akan dianggap sempurna andai tidak disertai adat.

Menukar pemberian atau hadiah menerusi dulang hantaran yang dihias mewah sangat sinonim dalam masyarakat kita sehingga ke hari ini. Perkara ini turut dilakukan oleh pasangan mempelai di negeri seberang, Indonesia, dalam upacara petunangan dan perkahwinan.

Pihak perempuan dan pihak lelaki akan saling bertukar dulang hantaran dimana, pihak perempuan lazimnya akan membalas dengan jumlah dulang hantaran yang sama atau lebih banyak berbanding pihak lelaki.

Sebagai contoh jika pihak lelaki memberi 9 dulang hantaran, pihak perempuan kemudian akan membalasnya dengan 9 dulang sama atau mungkin 12 dulang.

Boleh jadi, jumlah dulang yang diberikan pihak perempuan menjadi lebih banyak daripada itu!

Hal ini terpulang kepada bakal mempelai itu sendiri kerana biasanya, ia akan ditentukan oleh kaum keluarga daripada kedua-dua belah pihak.

Bertukar Hantaran Cuma Adat Dan Tidak Wajib Di Dalam Islam

Perlu jelas bahawa pemberian hantaran di antara kedua belah pihak ini cumalah sekadar adat yang dilakukan secara suka-suka untuk memeriahkan majlis. Ia bukanlah perkara wajib yang dianjurkan dalam Islam kerana, Islam cuma meletakkan syarat mas kahwin sahaja.

Mas kahwin adalah merupakan pemberian wajib diberikan oleh sang suami kepada isteri tercintanya atas sebab perkahwinan (semasa upacara nikah berlangsung). Ianya boleh diberikan menerusi pemberian hadiah berharga berupa wang tunai, emas mahupun sekadar senaskah Al-Quran.

Untuk yang masih buntu memikirkan idea hantaran berupa makanan unik, tetapi masih mahu ianya kelihatan cantik di atas dulang untuk dipersembahkan kepada pasangan. Berikut mungkin apa yang kamu cari.

#1 Madu Bersarang

Selain merupakan makanan sunnah, madu memang bagus diambil sebagai makanan tambahan kerana faedah khasiat kesihatannya.

Untuk mecetuskan kelainan, mungkin kamu boleh memberi madu yang bersarang (honeycomb) sebegini.

#2 Menara Madeleine

Manisan yang berupa kek mini asal Perancis ini bukan sahaja enak tetapi sangat cantik untuk dijadikan hantaran. Lebih-lebih lagi apabila ia disusun seperti menara yang gah.

#3 Bijirin Granola

Maklum sahajalah, ramai anak muda hari ini memilih untuk mengamal pemakanan yang sihat. Kalau pasangan kamu itu adalah seorang yang suka berdiet, beri sahaja hantaran yang terdiri daripada bijirin Granola.

#4 Cream Puff

Bukan biasa-biasa, Cream Puff adalah pastri berkrim yang sangat diminati ramai.

Pasangan kamu adalah individu tegar yang gemar melepak dan membeli pastri dari kafe bertaraf lima bintang? Nah, beri sahaja ini.

#5 Kek Gulung Motif Batik

Cantik sampai jadi sayang nak makan! Kek gulung bermotifkan cetakan batik yang berwarna-warni ini pasti menambat hati yang melihat.

#6 Mochi

Rasanya, tak pernah lagi ada orang yang menjadikan Mochi sebagai hantaran tunang. Apa kata kamu yang mulakan dahulu? Baru rare!

#7 Puding Raja

Namanya sahaja pun sudah kedengaran gah. Manisan asal Pahang ini dahulunya hanya boleh dinikmati oleh kerabat raja di dalam Istana.

Daripada memberi Halwa atau puding biasa, boleh beri Puding Raja untuk wujudkan kelainan.

#8 Kek Minimalis Ala Korea

Memang trend sekarang orang menghias kek cara minimalis begini.

Cukup sekadar tulisan dan krim kosong tanpa sebarang ukiran frosting atau fondant berlebihan, kek yang diinspirasi dari ilham hiasan kek ala Korea ini mampu memberi rasa keseronokan tidak terhingga buat si penerimanya.

#9 Aneka Brownies

Sedikit lain daripada kek biasa. Rata-rata penjual Brownies kini kreatif menghasilkan Brownies yang dihias dengan pelbagai toppings. Mungkin kamu bolehguna pakai idea yang satu ini.

#10 Buah Bersira Gula

Buah bersira gula atau biasa dipanggil “Candied Fruit” ini memiliki permukaan gula jernih yang bersinar dan sangat rangup apabila digigit dan dikunyah. Bukan sahaja cantik tetapi sedap!

Boleh jadikan buah bersira gula menjadi bentuk jambangan bunga sebelum diletak di atas dulang hantaran.

Jadi, setelah meneliti perkongsian idea hantaran tunang berupa makanan ni, ada ke yang berkenan di hati?

Apa-apa pun, penulis berharap supaya majlis pertunangan kamu nanti berjalan dengan lancar sehingga ke akhirnya.

SUMBER

https://says.com/my/seismik/share-agama-vs-adat-perkara-apa-yang-tak-perlu-sebenarnya-dalam-perkahwinan

Summary
10 Idea Makanan Ini Buat Hantaran Tunang Jadi Luar Biasa
Article Name
10 Idea Makanan Ini Buat Hantaran Tunang Jadi Luar Biasa
Description
Hantaran tunang adalah antara perkara utama yang perlu difikirkan apabila mahu mengikat tali pertunangan dengan sang kekasih hati
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: