hoetl melaka

Hotel Melaka yang cantik untuk Instagram ini ada bilik yang luas, dekorasi unik, konsep reka bentuk yang asli dan perkhidmatan persendirian.

Sebab itulah hotel-hotel ini bagus untuk dijadikan tempat menginap dengan penuh gaya. Tarikan popular Melaka juga berdekatan dengan kebanyakan hotel yang akan kami kongsikan kali ini.

Bangunan bergaya ini terletak di kawasan terkenal sekitar Melaka dan menyediakan akses untuk untuk ke muzium dan restoran tempatan yang menyediakan juadah asli Peranakan yang menggabungkan kombinasi hidangan masyarakat Melayu dan Cina.

Senarai hotel-hotel yang kami ada ini adalah daripada beberapa variasai harga, gaya, citarasa, dan untuk lawatan bermakna di bandar bersejarah.

1. Lekiu House Hotel Melaka (Dari RM128)

Pasara Malam Jonket Street hanya beberapa minit saja manakala Gereja St Paul pula 8 minit perjalanan kaki kalau anda menginap di Lekiu House Melaka.

Alamat: No. 11, Jalan Hang Lekiu, 75200 Melaka.

Hubungi: +606 282 6066

2. Jonker Boutique Hotel Melaka (Dari RM142)

jonker boutique hotel melaka

Jonker Boutique Hotel Melaka adalah sebuah tempat penginapan yang dikelilingi dengan pemandangan dan kemeriahan bandar Melaka. Terletak di tengah-tengah Jonker Walk, pengunjung boleh pergi ke pasar malam minggu pada malam Jumaat dan Sabtu, juga banyak pilihan restoran dan kedai barangan antik.

Jika anda mempunyai urusan perniagaan, mereka juga sediakan ruang serbaguna untuk pelbagai majlis, tempat letak kereta persendirian yang selamat dan halaman di mana sarapan pagi diberikan.

Alamat: 84, Jalan Tokong, Kampung Tiga, 75200 Melaka.

Hubungi: +606 282 5151

3. Gingerflower Boutique Hotel Melaka (Dari RM187)

Gingerflower Boutique Hotel adalah sebuah hotel butik kecil yang mewah di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka, mengenakan konsep rumah agam Peranakan.

Hotel ini bertempat di Jalan Tun Tan Cheng Lock yang terletak di pusat Melaka, membolehkan pelancong pergi belajar mengenai sejarah dan budaya Melaka dengan selesa dan ia hanya beberapa minit saja dari tempat menginap.

Alamat: 13, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Hubungi: +606 288 1331

4. Casa del Rio Melaka (Dari RM368)

casa del rio hotel melaka

Casa del Rio membawa maksud rumah di tepi sungai di dalam bahasa Sepanyol, sebuah hotel cantik yang terletak di sebelah Sungai Melaka.

Ianya adalah rumah, dengan struktur hebat mengambil inspirasi daripada Mediterranean, merangkumipelbagai budaya yang terbentuk di Melaka semenjak abad ke-14.

Candelier besi tempahan tergantung cantik di jalan masuk ke rumah ini dan halamannya pula dihiasi dengan air pancut. Mereka menyediakan tuala dan sorbet limau sewaktu anda mendaftar, juga sajian nyonya sebagai sampingan di dalam bilik.

Hotel ini mempunyai misi untuk menjadikan penginapan anda seperibadi yang mungkin.

Alamat: 88, Jalan Laksamana, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Hubungi: +606 289 6888

5. Jawa Street Townstay (Dari RM369)

Gereja St. Paul dan Kota A. Famosa hanya 15 minit perjalanan dari Jawa Street Townstay jika anda berjalan kaki. Tempat letak kereta pula percuma buat pengunjung yang daftar dan bermalam di sini.

Alamat: 55, Jalan Jawa, Kampung Jawa, 75100 Melaka.

Hubungi: +6010 373 8633

6. Rama-Rama Designer Boutique Hotel (Dari RM40)

rama-rama designer boutique hotel melaka

Kalau anda tertanya-tanya, hotel ini tiada sebarang reka bentuk yang bercirikan rama-rama dari segi dekorasi mahupun rama-rama hidup sama sekali.

Bukan hanya untuk perantau, juga sesuai untuk keluarga, hotel berkonsep kota ini adalah pilihan dengan harga yang berpatutan. Sangat menarik di pandangan mata dan murah. Apa lagi yang anda mahukan?

Alamat: No 15 Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, Melaka Tengah, 75400 Melaka.

Hubungi: +606 288 0022

7. The Rucksack Caratel (Dari RM158)

Anda pernah tak teringin untuk tidur di dalam caravan tanpa perlu memandunya? Sekarang anda boleh.

Sebuah pengalaman yang wajib anda cuba, samada bangun pagi di atas pokok lebat menghijau di depan taman atau rumah kampung. Hotel ini dapat markah bonus sebab ada kolam renang!

Address: 107, Jalan Banda Kaba, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

Contact: +606 292 2107

Rosa Malacca (Dari RM187)

rosa malacca hote; melaka

Hotel ini sangatlah melambangkan “karya agung konsep-industri”. Hiasan dalaman Rosa Malacca kebanyakannya diperbuat daripada batu-bata terdedah, dinding simen dan panel lantai kayuan, hasil reka bentuk juga tidak lapuk dek zaman. Pengguna Instagram pasti sukakan tempat ini!

Alamat: 212, Jalan Parameswara, 75000 Melaka.

Hubungi: +606 281 9888 / +6012 9011626

8. Courtyard @ Hereen (From RM200)

Anda kena bersedia untuk rasa kagum dengan Courtyard @ Hereen, kerana ia dipenuhi dengan budaya dan warisan Peranakan.

Setiap bilik mempunyai gaya tersendiri yang akan membawa anda kembali ke zaman kehidupan mewah Baba Nyonya tai tai. Setiap sudut di hotel ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat bergambar buat para pengguna Instagram.

Alamat: 911 Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka.

Hubungi: +606 281 0088

Hotel yang sangat cantik ini berada betul-betul di atas air, membuatkan ia tempat yang ideal untuk bermalam sambil belajar tentang sejarah Melaka.

Strukturnya juga menurut sejarah merupakan sebuah gudang orang Cina yang lari dari negara mereka untuk mecari kehidupan yang lebih di Melaka pada akhir Dinasti Qing.

Alamat: 27, 29 & 31, Jalan Bunga Raya, 75100 Melaka.

Hubungi: +606 288 2868

Buat anda yang sememangnya suka untuk kekalkan feed yang cantik dan estetik di dalam Instagram, senarai hotel Melaka ini sedia untuk berkhidmat.

Mereka dibina bukan untuk nampak cantik di media sosial saja, malah bertujuan untuk memberi anda keselesaan sepanjang penginapan. Jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak okay!

Sumber:

http://www.malacca.ws/accommodation/top10-boutique-hotels.htm

https://rojakdaily.com/lifestyle/article/2959/10-charming-boutique-hotels-in-melaka-you-should-stay-at

Summary
10 Hotel Melaka Instagram Worthy untuk Bermalam
Article Name
10 Hotel Melaka Instagram Worthy untuk Bermalam
Description
Hotel Melaka yang cantik untuk Instagram ini ada bilik yang luas, dekorasi unik, konsep reka bentuk yang asli dan perkhidmatan persendirian.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: