Apabila melihat gambar atau bayi yang comel, kita akan mengeluarkan segala bunyi seperti “awww’, “wah’ atau “alololo”. Buat kita ingin mencubit pipinya.

Tiada apa yang lebih comel berbanding dengan bayi yang baru dilahirkan. Bayi comel mempunyai ciri-ciri seperti mata bulat dan besar, bibir mungil, pipi merah dan senyuman yang manis.

Selain tahap kecomelan tentang bayi, artikel ini akan memberi kamu melihat beberapa fakta yang menarik tentang si comel baby yang mungkin memeranjatkan anda.

Fakta 1: Bayi boleh menangis di dalam rahim semasa ibu mengandung

Menurut kajian, sejak di dalam rahim bayi sudah boleh menangis tetapi secara senyap. Kajian ultrasound dibuat dan didapati bayi dalam rahim menunjukkan menangis dengan melakukan tindakan seperti membuka mulut, menekan lidah, menggetakan bibirnya dan menarik nafas yang laju.

Fakta 2: Bayi tidak ada kepala lutut

Lutut bayi sebenarnya ada kepala lutut tetapi dalam keadaan lembut dan digelar sebagai tulang rawan. Oleh sebab itu, tulung lutut kurang jelas dilihat semasa X-ray. Jika bayi itu mencapai usia 10-12 tahun, barulah tulang rawan itu membentuk secara sempurna.

Fakta 3: Berat kepala bayi

25% berat bayi adalah dari kepalanya. Ini kerana kepala dan leher bayi masih belum terbentuk kuat.

Fakta 4: Bayi mempunyai banyak tulang daripada orang dewasa

Bayi mempunyai 300 tulang sejak merek lahir manakala orang dewasa hanya mempunyai 206 tulang. Ini kerana semakin bayi membesar, tulang mereka akan bercantum dan menjadikannya 206 apabila mereka sudah besar.

Fakta 5: Bayi boleh bernasfas sambil menelan

Orang dewasa tidak dapat bernafas sambil menelan air ataupun makanan. Kenapa bayi boleh buat macam itu? Hairan kan? Ini disebabkan di bahagian tekak bayi mempunyai satu lapisan yang dipanggil sebagai epigglotis. Ia berfungsi menutup lubang angin semasa menelan susu atau air. Oleh itu, bayi boleh menyusu dan bernafas serentak.

Fakta 6: Bayi yang baru lahir tidak mempunyai air mata

Adakah kamu memerhatikan bayi yang baru lahir hanya mengeluarkan bunyi sahaja semasa menangis atau meraung? Sebenarnya, mereka tidak mengeluarkan air mata bagi bayi yang baru lahir. Ini disebabkan, mata hanya menghasilkan cecair yang cukup untuk melembapkan mata mereka bukan membentuk air mata.

Fakta 7: Penglihatan bayi adalah baik

Selalunya kita dengar berkata bahawa bayi yang baru lahir tidak boleh nampak yang jelas. Walau bagaimanapun,  menurut kajian bahawa mereka sudah boleh mampu lihat dengan baik tetapi dalam jarak yang dekat pada bulan pertama. Ini kerana penglihatan mereka belum tidak mamppu memfokus dengan tepat.

Fakta 8: Bayi mengenal ibu terlebih dahulu

Bayi boleh mengesan suara dan bau ibunya sejak lahir. Ini kerana suara dan bau ibu dapat menenangkan mereka berbanding orang lain.

Fakta 9: Bayi bernafas dua kali ganda lebih laju berbanding dengan orang dewasa

Bayi boleh bernafas 130 hingga 160 kali seminit. Manakala orang dewasa bernafas 12 hingga 16 kali seminit. Orang dewasa pun kalah dengan bayi.

Fakta 10: Bayi sensitif dengan bunyi

Selapas 10 minit dilahirkan, bayi sudah boleh mengetahui dari mana bunyi datang. Oleh sebab itu, mereka mudah terkejut dan bergerak apabila terdengar bunyi walaupun bunyi kecil. Apabila sampai ke bulan 4 ke atas, mereka sudah boleh mencari dan memusingkan kepala ke arah bunyi yang mereka dengar itu.

Sumber:

https://www.pbcexpo.com.au/blog/16-incredibly-cool-facts-about-your-baby

Summary
10 Fakta yang menarik tentang bayi comel anda
Article Name
10 Fakta yang menarik tentang bayi comel anda
Description
Apabila melihat gambar atau bayi yang comel, kita akan mengeluarkan segala bunyi seperti “awww’, “wah’ atau “alololo. Biar kita ingin mencubit pipinya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: