fakta bayi

Ramai orang suka main dengan bayi kerana mereka sangat comel kan? Tetapi tahukah anda apa fakta-fakta menarik tentang bayi? Jom baca 10 fakta menarik di bawah.

Fakta 1

Bayi tiada kepala lutut. Sebenarnya, bayi bukannya tiada lutut tetapi kerana tulang bayi masih lagi lembut dan lutut belum lagi berkembang. Tulang lembut tersebut dipanggil sebagai tulang rawan.

Fakta 2

25 % daripada berat keseluruhan bayi datang daripada kepala bayi tersebut. Oleh sebab itu, ianya adalah disarankan untuk menampung kepala bayi berkenaan sewaktu mendukungnya. 

Fakta 3

Bayi mempunyai jumlah tulang yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa. Bayi mempunyai 300 tulang manakala orang dewasa 206. Anda pasti tertanya-tanya bagaimana 300 batang tulang boleh berkurang sehingga mencapai 206 tulang kan? Apabila bayi semakin membesar, tulang-tulang akan mula bercantum sehingga tinggal 206 batang tulang sahaja.

Fakta 4

Bayi berupaya menelan dan bernafas pada waktu yang sama. Orang dewasa mempunyai satu lapisan yang dipanggil epigglotis yang akan tutup lubang angin apabila menelan. 

Fakta 5

Bayi baru lahir tiada air mata. Ini kerana kelenjar air mata masih belum terbentuk, cecair yang ada di mata cukup untuk melembapkan mata sahaja.

Fakta 6

Penglihatan bayi sebenarnya adalah lebih baik daripada orang dewasa. Walau bagaimanapun, otak mereka belum dapat proses dengan baik. Pandangan mereka juga sering lari kerana belum mampu untuk meletakkan fokus. 

Fakta 7

Bayi yang baru lahir akan kenal ibu mereka dahulu sebelum ayah. Sebaik lahir, mereka sudah mula mengecam suara dan bau si ibu malah boleh mengetahui keberadaan wanita berkenaan.

Fakta 8

Kalau korang nak tahu, bayi bernafas dua kali lebih laju daripada orang dewasa iaitu sekitar 130-160 kali seminit. 

Fakta 9

Ubun-ubun bayi baru lahir berdenyut sebab belahan tulang tengkoraknya belum bersambung dan keras dengan sempurna. Setelah dua tahun, denyutan tersebut akan hilang. 

Fakta 10

Bayi yang baru lahir dapat mengecap rasa manis, pahit bahkan pedas tetapi tidak bagi rasa masin.

Anda juga boleh menonton video ini untuk ketahui fakta-fakta bayi

Sampai sini sahaja fakta-fakta menarik tentang bayi yang menarik. 

Summer:

https://www.momjunction.com/articles/truly-amazing-facts-about-babies_00389141/

Summary
10 Fakta-Fakta Menarik Tentang Bayi!
Article Name
10 Fakta-Fakta Menarik Tentang Bayi!
Description
Ramai orang suka main dengan bayi kerana mereka sangat comel kan? Tetapi tahukah anda apa fakta-fakta menarik tentang bayi? Jom baca 10 fakta menarik dalam artikel ini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: