10 Face Scrub Untuk Mendapatkan Kulit Yang Bersih Dan Bersinar
Di antara rutin penjagaan muka yang betul, face scrub juga tidak harus dilupakan kerana ia membersihkan sel kulit mati dan segala kekotoran pada wajah.

Kulit wajah yang bersih, tidak berparut dan kelihatan bersinar pasti menjadi idaman bagi setiap individu bukan? Malah, ramai di antara kita yang sanggup berhabis duit sehingga ribuan ringgit untuk mencapai kulit wajah yang ‘flawless’.

Jadi, di antara rutin penjagaan muka yang betul, face scrub juga tidak harus dilupakan kerana ia membersihkan sel kulit mati dan segala kekotoran pada wajah yang harus dibersihkan.

Jika anda baru berjinak dengan produk ini, jom kita lihat antara beberapa face scrub yang berkesan di pasaran.

1. Simple Kind to Skin Facial Scrub

Kredit: https://www.chemistwarehouse.com.au/buy/53291/simple-kind-to-skin-facial-scrub-smoothing-75ml

Jika anda mencari face scrub yang sesuai untuk kulit sensitif, apa kata anda cuba dapatkan produk ini di ‘drugstore’ berdekatan? Bukan sahaja harganya berpatutan, malah ia juga membantu membersihkan segala kekotoran dan ‘blackheads’ pada wajah. Walaupun ia adalah sejenis scrub, namun ia masih terasa lembut dan tidak menyebabkan keradangan atau kemerahan pada kulit.

Anggaran harga: RM19.90+

2. Kiehl’s Facial Fuel Energizing Face Srub

Kredit: https://www.kiehls.com.my/en_MY/men/category/cleansers-and-pre-shave-for-men/facial-fuel-energizing-scrub/615.htmll

Bagi golongan lelaki, anda boleh mencuba produk face scrub ini kerana ia bukan sahaja ‘exfoliate’ wajah, tapi juga membersihkan segala kekotoran, minyak berlebihan dan benda-benda lain pada wajah anda. Malah, tahukah anda bahawa ia juga boleh digunakan untuk melembutkan bulu wajah agar anda boleh mencukur dengan lebih baik dan selesa. Jadi, banyak kebaikan dalam hanya satu produk sahaja!

Anggaran harga: RM111.90+

3. Fresh Sugar Face Polish

Kredit: https://www.fresh.com/us/sugar-face-polish-exfoliator-H00000385.html

Gula biasanya mempunyai tekstur yang agak kasar bukan jadi anda mungkin bimbang sekiranya produk ini akan memberi kesan yang sama. Namun, itu tidak menjadi satu masalah kerana kandungannya dihasilkan sesuai untuk semua kulit wajah serta lembut dipakai pada kulit. Malah, ia juga menyegarkan sama seperti namanya. Jadi, jika anda ingin mencuba produk yang boleh meningkatkan penampilan wajah, cubalah ia sekarang.

Anggaran harga: RM107.00+

4. CLINIQUE Exfoliating Scrub

Kredit: https://shopee.com.my/CLINIQUE-EXFOLIATING-SCRUB-100ML-i.77293838.5613583443

Produk ini telah menerima banyal ulasan baik di mana ia tidak berasa kasar apabila digunakan pada kulit wajah. Malah, ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak kerana keupayaannya untuk mengawal pengeluaran minyak berlebihan. Kulit anda lebih bersih daripada sel kulit mati dan kotoran, serta pada masa sama bertambah sihat dan menyegarkan.

Anggaran harga: RM128.00+

5. St. Ives Nourished & Smooth Oatmeal Face Scrub and Mask

Kredit: https://guardian.com.my/index.php/skincare/face/scrub/st-ives-nourished-smooth-oatmeal-face-scrub-mask-170g.html

Menggunakan ‘oatmeal’ sebagai bahan asasnya, ia sememangnya sesuai bagi mereka dengan kulit kering atau sensitif. Oatmeal adalah bahan penting yang membantu mengurangkan masalah kulit serta melembutkan wajah anda serta merta. Malah, ia juga tidaklah begitu mahal dan mampu dibeli oleh semua orang. Tapi, jika kulit anda tidak tahan dengan produk ini kerana ia mengandungi wangian tambahan, berhenti menggunakannya.

Anggaran harga: RM18.90+

6. First Aid Beauty Facial Radiance Polish

Kredit: https://www.walmart.ca/en/ip/First-Aid-Beauty-Facial-Radiance-Polish-1-oz/PRD27I5YCQJFAB3

Dapatkan produk ini di kedai Sephora dan anda pasti tidak akan menyesal lagi. Ia sememangnya berguna dalam memutihkan wajah anda yang kusam di samping mengurangkan masalah jerawat. Tambahan lagi, ia tidak mengandungi pewangi tambahan, jadi ia tidak akan merengsakan kulit anda. Apa yang anda akan dapat hanyalah kulit wajah yang lembut, bersih dan bersinar sahaja.

Anggaran harga: RM113.00+

7. Mario Badescu Strawberry Face Scrub

Kredit: https://www.beautybay.com/p/mario-badescu/strawberry-face-scrub/

Sekiranya anda mencari produk face scrub yang menggunakan bahan semula jadi, inilah produk yang anda cari itu. Ia bukan sahaja membersihkan wajah secara mendalam, malah memberi kesan melembapkan dan melembutkan wajah juga. Kandungan strawberi yang digunakan mempunyai antioksida untuk melawan radikal bebas serta melindungi kulit daripada kerosakan UV begitu juga tompokan hitam pada kulit. Selepas ini, kulit anda pasti terlihat lebih cerah dan bersih!

Anggaran harga: RM70.00+

8. Klairs Gentle Black Sugar Facial Polish

Kredit: https://mybeautymoments.com/shop/klairs-gentle-black-sugar-facial-polish/

Walaupun teskturnya terasa seperti gula yang kasar, namun ia seperti cair dan menjadi halus apabila digunakan pada wajah yang basah. Di samping membersihkan wajah dengan mendalam, ia juga meningkatkan kelembapan dan melindungi kulit daripada bahan asing seperti sinaran UV. Jika anda mempunyai kulit wajah yang sensitif, cuba dapatkan produk ini.

Anggaran harga: RM93.00+

9. Sukin Pore Refining Facial Scrub

Kredit: https://ibeautytoday.com.my/product/sukin-oil-balancing-pore-refining-facial-scrub/

Memandangkan ia sudah boleh didapati di Watson, apa kata anda cuba produk ini yang dikatakan antara face scrub terbaik bagi mereka dengan kulit berminyak? Ia mengandungi bahan seperti ‘jojoba beads’ dan ‘bamboo charcoal’ yang sememangnya berkesan dalam membersihkan kulit wajah. Malah, produk ini adalah 100% vegan dan kaya dengan vitamin yang penting untuk mendapatkan wajah yang bersih dan bersinar.

Anggaran harga: RM40.90+

10. The Body Shop Seaweed Pore-Cleansing Facial Exfoliator

Kredit: https://www.thebodyshop.com.my/seaweed-pore-cleansing-facial-exfoliator.html

Bagi mendapatkan hasil kulit yang bersih, cerah dan bersinar, cuba gunakan produk keluaran The Body Shop ini. Ia terbukti boleh membersihkan wajah secara mendalam tanpa menyebabkan keradangan, di samping mengekalkan kelembapan kulit buat tempoh yang lama. Malah, ia juga boleh mengurangkan penampilan pori besar yang selalu menjadi masalah kepada individu.

Anggaran harga: RM63.00+

SUMBER

https://productnation.co/my/13667/best-face-scrub-exfoliate-malaysia

https://www.bellesy.com/12-most-wanted-facial-scrubs/

https://productshideout.com/my/health-beauty/skin-care/best-facial-scrub-malaysia/2/

Summary
10 Face Scrub Untuk Mendapatkan Kulit Yang Bersih Dan Bersinar
Article Name
10 Face Scrub Untuk Mendapatkan Kulit Yang Bersih Dan Bersinar
Description
Di antara rutin penjagaan muka yang betul, face scrub juga tidak harus dilupakan kerana ia membersihkan sel kulit mati dan segala kekotoran pada wajah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: