Now Reading
10 Contact Lense Bulanan

10 Contact Lense Bulanan

Contact lense bulanan

Contact lense bulanan boleh menjadi pilihan bagi anda yang ingin menggunakannya untuk sebulan. Contact lense (kanta lekap) adalah kepingan nipis melengkung seperti mata yang dilekapkan pada kornea anda untuk membantu mengatasi masalah rabun anda.

Namun begitu, kebanyakan individu menggunakan untuk tujuan kecantikan meskipun tidak rabun. Teknikal optikal semakin hari semakin berkembang pesat dan boleh didapati dengan pelbagai ciri dan warna.

Contact lense boleh didapati di pasaran dengan lebih mudah sekarang. Namun begitu, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum membeli contact lense untuk anda.

  • Jenis rabun – Contohnya, contact lense jenis RGP atau torik lebih sesuai untuk seseorang yang astigmatisma.
  • Gaya hidup / pekerjaan – Jika anda bekerja di kawasan yang berhabuk dan kotor, kanta lekap tidak sesuai dipakai.
  • Minat peribadi – Kebanyakan individu lebih gemarkan jenis lembut yang lebih selesa
  • Tempoh pemakaian – Berapa lama anda memakainya untuk satu hari, masa diperlukan untuk menjaga dan penyelenggaraan

Anda akan melalui pemeriksaan mata terlebih dahulu, jadi berbincanglah dengan Optometris anda tentang contact lense bulanan yang sesuai untuk anda.

1. BAUSCH & LOMB SOFTLENS 59 (6 KEPING)

RM45.00

Soflens 59 merupakan contact lense bulanan yang memberikan penglihatan yang jelas dengan keselesaan harian yang anda cari-cari. Kanta lekap ini diperbuat daripada bahan protein-resistant yang mengabungkan prestasi terbaik dan selesa dengan penglihatan yang jelas dan tajam.

  • Bahan dengan ketahanan deposit yang diuji masa untuk keselesaan terbaik
  • Mudah digunakan
  • Tidak mudah terkoyak
  • Sesuai untuk pengguna contact lense yang pertama kali
  • Reka bentuk UniFit (mudah lekap)

2. ALCON Air Optix Plus Hydraglyde Monthly (3  KEPING)

RM50.00

Adakah anda seorang yang mempunyai gaya hidup yang aktif, bersukan dan bersenam secara kerap? Jika ya, contact lense ALCON Air Optix Plus Hydraglyde mungkin sesuai untuk anda.

Alcon kanta lekap tahan lama dengan permukaan yang lembap dan perlindungan deposit yang terbaik yang dicirikan dengan 2 teknologi yang dipertingkapkan – SmartShield Technology dan HydraGlyde Moisture Matrix.

Bahan yang sangat lut udara membolehkan oksigen melaluinya dengan berterusan untuk mata yang sihat.

3. FRESHKON Alluring Eyes Monthly (2 KEPING)

RM33.00

Biarkan mata anda menyerlahkan keyakinan anda dengan ciri baru yang dipertingkatkan ini, memberikan penglihatan yang lebih jelas dan memastikan anda kelihatan hebat secara semula jadi pada setiap minit.

Dapatkan rupa yang memukau dengan FRESHKON Alluring Eyes, contact lense bulanan ini!

4. EyeMedTech IMAGENE (2 KEPING)

RM36.00

IMAGENE, kanta lengkap fesyen versi itali generasi baru yang menggunakan teknologi terkini. Kelihatan berseri, garang dan penglihatan yang jelas dan dengan mata yang berseri-seri.

Produk baru yang hebat ini dengan pelbagai ciri yang baik untuk mata anda.

5. CooperVision Biofinity (3  KEPING)

RM58.00

Anda perlukannya untuk membantu mengatasi masalah rabun jauh dan rabun dekat anda. Kanta lekap yang selesa untuk penggunaan sepanjang hari.

Jadi, mulakan hari anda daripada pagi hingga ke malam dengan CooperVision Biofinity. Contact lense bulan hidrogel silikon yang takkan memperlahankan hari sibuk anda.

Kanta lekap biofinity yang membolehkan oksigen melalui mata anda. Tahap kebasahan semula jadi pada kanta lekap yang tidak akan kering.

Anda akan mendapatkan penglihatan yang sangat baik dengan kanta lekap yang lembut dan selesa yang sihat untuk mata anda.

6. Eyecont Pro (3  KEPING)

RM79.00

Eyecont Pro yang menggunakan teknologi PC yang eksklusif untuk membentuk phosporylcholine yang ada pada mata manusia, yang menyejatkan air pada mata.

Dan dengan membolehkan kanta lekap membentuk ikatan hidrogen dengan air, teknologi ini menyebabkan molekul air menjadi sebahagian daripada contact lense membentuk ketahanan semula jadi terhadap pengeringan.

Satu-satunya bahan contact lense bulanan dengan perlepasan FDA dengan kenyataan produk ‘boleh mempertingkatkan keselesaan pada pemakai yang mengalami sedikit ketidakselesaan atau simptom berkaitan pengeringan ketika memakainya’.

7. Miacare Silicon Hydrogel (3  KEPING)

RM38.00

Anda mencari contact lense yang memberikan anda keselesaan pada awal penggunaan sehinggalah anda pulang ke rumah selepas lepak bersama rakan-rakan anda sehingga lewat malam.

Dengan teknologi silikon hidrofilik EautraSil yang direvolusi mencipta tanda aras di dalam industri dengan pembekalan oksigen yang tinggi, jadi tiada lagi masalah contact lense yang tidak memberikan keselesaan.

Tambahan lagi, ia menjaga mata anda untuk tempoh masa yang panjang untuk memastikan kesihatan mata yang lebih baik!

Kenapa memilih yang biasa sedangkan anda boleh dapatkan yang luar biasa? Dapatkan Miacare Silicon Hydrogel hari ini!

8. CooperVision Biomedics toric (6  KEPING)

RM94.00

CooperVision Biomedics toric adalah standard tanda aras kanta lekap hidrogel untuk individu yang memerlukan pembetulan mata untuk astigmatisma dan lebih sukakan jadual penggantian bulanan.

Kanta lekap torik dikenali dengan penglihatan yang jelas dan rapuh. Dan disebabkan hujung pahat dan prestasi yang sangat stabil, contact lense bulanan Biomedics Toric yang memberikan penglihatan yang tajam dan baik serta keselesaan yang lebih lama.

9. ALCON Air Optix Night & Day Aqua Monthly (3  KEPING)

RM86.00

Selalu nak cepat? Terlupa untuk mengeluarkan kanta lekap selepas hari yang panjang? ALCON Air Optix Night & Day Aqua memberikan doktor mata anda dan anda pilihan untuk membuat jadual pemakaian yang boleh ubah yang fleksible dengan gaya hidup anda yang sibuk.

  • Diluluskan oleh FDA untuk kegunaan harian dan pemakaian berterusan sehingga 30 malam
  • Membolehkan oksigen melaluinya lebih banyak daripada contact lense lembut yang lain
  • Jenama kanta lekap yang sering disarankan oleh doktor mata anda untuk individu yang tidur dengan contact lense mereka
  • Memberikan contact lense yang selesa dan penglihatan yang jelas pada mana-mana waktu dalam sehari anda.

10. BAUSCH + LOMB LACELLE JEWEL (2  KEPING)

RM22.00

Gunakan contact lense bulanan yang unik ini untuk menjelaskan pandangan dan kilauan pada mata anda. Contact lense kosmetik yang cantik, mata anda ibarat permata dengan Lacelle Jewel.

error: Content is protected !!