Metabolisme
Metabolisme adalah istilah bagi semua reaksi kimia dalam badan anda. Reaksi kimia ini membuatkan badan anda hidup dan berfungsi.

Metabolisme adalah istilah bagi semua reaksi kimia dalam badan anda. Reaksi kimia ini membuatkan badan anda hidup dan berfungsi.

Walau bagaimanapun, perkataan metabolisme sering ditukar ganti dengan kadar metabolik atau jumlah kalori yang terbakar.

Semakin tinggi metabolisme, semakin banyak kalori yang terbakar dan semakin mudah untuk menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan.

Mempunyai metabolisme yang tinggi juga memberikan anda tenaga dan membuatkan anda rasa lebih baik. Di sini merupakan 10 cara meningkatkan metabolisme badan anda.

1. Makan protein yang banyak dalam setiap hidangan

Makan makanan boleh meningkatkan metabolisme badan anda untuk beberapa jam.

Keadaan ini dipanggil kesan termik makanan (TEF). Ia disebabkan oleh kalori berlebihan diperlukan untuk mencerna, menyerap dan memproses nutrien dalam makanan anda.

Makan protein dilihat boleh membantu anda berasa lebih kenyang dan menghalang anda daripada makan berlebihan

2. Minum air sejuk yang banyak

Individu yang minum air kosong lebih mudah untuk menurunkan berat badan berbanding individu yang minum air manis. Minum air juga boleh mempercepatkan metabolisme anda untuk sementara.

Kajian menunjukkan bahawa minum 0.5 litre air meningkatkan pembakaran tenaga ketika anda rehat sebanyak 10% – 30% selama sejam.

Kesan pembakaran kalori ini mungkin tinggi jika anda minum air sejuk, kerana badan anda menggunakan tenaga untuk memanaskan air tersejuk pada suhu badan.

3. Melakukan senaman intensiti tinggi

High-intensity interval training (HIIT) melibatkan aktiviti yang sangat lasak dan cepat.

Melalu senaman ini boleh membantu anda membakar lebih banyak lemak dengan meningkatkan kadar metabolik, sehingga selepas latihan anda selesai. Kesan ini dipercayai lebih tinggi untuk HIIT berbanding jenis senaman lain.

Mencampur rutin senaman anda, dan menambah beberapa latihan intensiti tinggi boleh meningkatkan metabolisme dan membantu membakar lemak anda.

4. Mengangkat barang berat

Otot lebih aktif secara metabolik berbanding lemak, dan membentuk otot yang boleh meningkatkan metabolisme anda. Ini bermaksud, anda akan membakar lebih banyak kalori setiap hari, meskipun ketika berehat.

Mengangkat berat juga boleh membantu anda mendapatkan otot dan mencegah penurunan metabolisme yang boleh berlaku ketika penurunan berat badan.

5. Berdiri lebih kerap

Duduk terlalu lama boleh berbahaya untuk kesihatan anda. Kenyataannya, berbanding duduk, berdiri pada tengah hari boleh membakar 174 kalori tambahan.

Jika anda bekerja di meja, cuba berdiri untuk beberapa ketika untuk memutuskan jangka masa anda duduk. Anda juga boleh menggunakan meja berdiri untuk bekerja.

6. Minum teh hijau atau teh oolong

Teh hijau dan teh oolong dilihat meningkatkan metabolisme sebanyak 4-5%.

Teh ini membantu menukarkan sesetengah lemak yang disimpan dalam badan kepada lemak asid bebas, di mana boleh meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 10 -17%.

Memandangkan ia rendah kalori, minum teh ini baik untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan.

Namun begitu, sesetengah kajian mendapati teh ini tidak memberi kesan pada metabolisme. Justeru, kesannya mungkin sedikit atau hanya dapat dilihat pada sesetengah individu.

7. Makan makanan pedas

Lada mengandungi capsaicin, bahan yang boleh meningkatkan metabolisme anda. Namun begitu, sesetengah individu tidak boleh makan makanan pedas di mana ia boleh memberikan kesan tertentu.

Satu kajian capsaicin, dengan dos yang boleh diterima, menganggarkan bahawa makan lada boleh membakar 10 kalori tambahan bagi setiap hidangan.

Kesan menambah rempah ke dalam makanan adalah rendah. Namun begitu, ia mungkin membawa kepada kelebihan jika dicampurkan dengan strategi peningkatan metabolisme yang lain.

8. Dapatkan tidur malam yang nyenyak

Kurang tidur berkait dengan peningkatan risiko obesiti yang tinggi. Ia juga mungkin disebabkan oleh kesan negatif kurang tidur pada metabolisme.

Selain itu, kurang tidur berkait dengan peningkatan gula dalam darah dan ketahanan insulin yang tinggi, di mana meningkatkan risiko pembentukan diabetes jenis 2. Ia juga menunjukkan ghrelin hormon lapar meningkat dan hormon kenyang yang menurun.

9. Minum kopi

Kajian menunjukkan kafein dalam kopi boleh meningkatkan metabolisme sebanyak 3-11 %. Seperti teh hijau, menggalakkan pembakaran lemak.

Namun begitu, ia lebih mempengaruhi individu yang kurus, sihat dan kuat. Dalam satu kajian, kopi meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 29% pada wanita kurus, tetapi hanya 10% pada wanita gemuk.

Kesan kopi pada metabolisme dan pembakaran lemak juga menyumbang kepada penurunan dan pengekalan berat badan yang berjaya.

10. Menggantikan minyak sayuran kepada minyak kelapa

Tidak seperti lemak tepu yang lain, minyak kelapa agak tinggi dalam rantai lemak sederhana.

Rantai lemak sederhana boleh meningkatkan metabolisme lebih daripada rantai lemak panjang yang boleh didapati daripada makanan seperti butter.

Dalam satu kajian, penyelidik mendapati bahawa rantai lemak sederhana meningkatkan metabolisme sebanyak 12% berbanding lemak rantai panjang, yang meningkatkan metabolisme dengan hanya 4%.

Memandangkan profil asid lemak minyak kelapa yang unik, menggantikan minyak masak anda yang lain boleh memberikan faedah menurunkan berat badan.

Sumber

https://www.healthline.com/nutrition/10-ways-to-boost-metabolism#section10

Summary
10 Cara Meningkatkan Metabolisme Badan Anda
Article Name
10 Cara Meningkatkan Metabolisme Badan Anda
Description
Metabolisme adalah istilah bagi semua reaksi kimia dalam badan anda. Reaksi kimia ini membuatkan badan anda hidup dan berfungsi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: