10 Blender Terbaik Bagi Kegunaan Di Dapur Anda
Produk seperti blender haruslah dipilih dengan teliti agar ia boleh dipakai lama dan tidak berkarat. Jadi, jom lihat 10 blender terbaik yang anda boleh dapatkan!

Dengan pelbagai reka bentuk dan ciri kegunaan yang berbeza-beza, anda mungkin sukar untuk memilih peralatan elektronik yang sesuai buat dapur anda bukan? Sebagai contoh, produk seperti blender haruslah dipilih dengan teliti agar ia boleh dipakai lama dan tidak berkarat.

Jadi, usah bimbang lagi kerana dalam artikel ini, kami akan membantu anda memilih blender yang bersesuaian berdasarkan ciri-cirinya tersendiri. Jom kita lihat 10 blender terbaik yang anda harus dapatkan buat dapur anda.

1. Samu Giken Multifunction Blender Set 7 In 1 SG-MFB1400B

Kredit: https://productnation.co/my/product/samu-giken-multifunction-blender-set-7-in-1-sg-mfb1400b

Sekarang, banyak syarikat pengeluar sudah mula menghasilkan set blender yang mempunyai pelbagai fungsi pada harga berpatutan. Dengan set ini, anda boleh mengisar bahan anda berdasarkan keperluan tanpa perlu menggunakan blender yang berbeza-beza. Di samping itu, ia juga mempunyai kuasa sebanyak 400W dan sangat sesuai dengan kegunaan harian. Namun begitu, ia mungkin tidak begitu sesuai digunakan untuk mengisar ketulan ais kerana itu mungkin menyebabkan kerosakan pada bilahnya.

Anggaran harga: RM119.60+

2. KitchenAid Diamond Blender

Kredit: https://www.myer.com.au/p/kitchenaid-artisan-diamond-blender-empire-red

Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih dan mahukan sesuatu yang tahan lama dan berkuasa, pilihlah produk blender daripada jenama KitchenAid ini. Ia mudah untuk dicuci serta juga selamat jika dibasuh dalam ‘dishwasher’. Dengan kapasiti 1.75L dan 5 kelajuan, anda pastinya boleh mengisar pelbagai bahan dengan mudah dan cepat. Tapi, reka bentuknya mungkin agak tinggi jadi anda mungkin menghadapi sedikit kesukaran untuk mengeluarkan bahan yang melekat di bahagian bawahnya.

Anggaran harga: RM1,399.00+

3. Butterfly B-592 Commercial Heavy Duty Blender

Kredit: https://productnation.co/my/product/butterfly-b-592-commercial-heavy-duty-blender

Sekiranya anda mencari blender bagi kegunaan yang agak berat, inilah pilihan blender yang sesuai untuk anda. Ia boleh mengisar ketulan ais dengan baik serta mempunyai 6 bilah yang tidak akan berkarat. Malah, bahagian bawahnya juga mempunyai ciri ‘anti slip’ yang sangatlah memudahkan agar anda tidak perlu menahannya daripada bergerak setempat ketika digunakan. Seterusnya, ia juga tidak membuat begitu banyak bising jika dibandingkan dengan blender biasa lain.

Anggaran harga: RM375.00+

4. Midea 750W 1.5L Blender MBL-1190

Kredit: https://shopee.com.my/Midea-1.5L-Glass-Jar-Blender-750W-With-Dry-Mill-MBL-1190-i.61314448.2490633191

Produk ini menggunakan kaca sebagai bahagian badannya dan dikatakan mempunyai harga yang berpatutan bagi jenis badan sebegini. Malah, ia juga cukup kuat dan mampu mengisar ais walaupun tidaklah sepenuhnya. Tetapi, dengan ciri 2 kelajuan dan kapasiti besar iaitu 1.5L, anda pasti mendapati tugas mengisar anda lebih mudah dan baik dengan harga yang rendah.

Anggaran harga: RM94.00+

5. Toshiba 6002 1.5L Ice Blender BL-60PHNMY

Kredit: https://shopee.com.my/%F0%9F%94%A5READY-STOCK%F0%9F%94%A5Toshiba-Ice-Blender-With-Ginder-Jar-1.5L-600W-BL-60PHNMY-i.93361297.2442938256

Produk blender daripada Toshiba ini mempunyai ciri ‘anti-slip’ agar ia kekal tidak bergerak semasa anda menggunakannya. Malah, produk ini juga mempunyai 2 kelajuan sama seperti blender biasa serta tidak begitu digalakkan untuk penggunaan yang berat. Jadi, jika anda mencari sesuatu yang masih boleh melakukan tugasnya dengan baik berserta harga yang berpatutan, cubalah produk blender ini.

Anggaran harga: RM109.00+

6. Philips Daily Collection 450W 1.0L Blender HR2059

Kredit: https://shopee.com.my/Philips-450W-Daily-Collection-Blender-HR2059-i.60612121.5742359730

Biasanya, penggunaan blender yang kerap boleh merosakkan peralatan anda kerana ia terlebih panas dan lain-lain. Jadi, produk ini didatangkan dengan ciri ‘built-in safety precautions’ bagi melindungi motor daripada menjadi terlalu panas dan rosak. Malah, ia juga didatangkan dengan satu bekas tambahan dan mempunyai 4 bilah yang tahan karat bagi kegunaan jangka masa panjang.

Anggaran harga: RM134.00+

7. Panasonic MX-900M 350W 1.2L Blender

Kredit: https://www.lazada.com.my/products/panasonic-blender-mx-900m-350w-12l-with-dry-miller-i800138058.html

Ini mungkin adalah produk blender biasa seperti yang anda lihat di kebanyakan kedai elektronik, namun produk ini sebenarnya menggunakan ‘titanium micro cutter’ berbanding ‘saber cutter’ biasa untuk memberikan hasil yang lebih baik. Malah, bagi penggemar kopi, anda juga boleh mengisar biji kopi anda dengan lebih mudah menggunakan produk ini. Ia juga tidaklah begitu mahal dan masih boleh berguna dengan baik seperti produk-produk berjenama yang lain.

Anggaran harga: RM150.00+

8. Philips Avance Collection 1400W 2.0L Blender HR3652

Kredit: https://www.senheng.com.my/philips-avance-collection-blender-plp-hr3652.html

Dengan ciri kuasa 1,400W, anda pasti kagum akan kebolehannya mengisar bahan dengan baik dan cepat. Malah, motornya boleh berputar sebanyak 35,000 bagi setiap minit serta mempunyai asas yang kukuh agar ia kekal setempat semasa digunakan. Di samping itu, dengan reka bentuk yang menawan dan canggih, anda pasti mahukannya di dapur anda. Ia juga mempunyai kapasiti yang besar serta menggunakan kaca yang lebih tahan lama dan tahan lasak.

Anggaran harga: RM488.00+

9. Tefal Perfect Mix+ 1200W 2.0L Blender BL811D

Kredit: https://shopee.com.my/Tefal-High-Speed-Blender%28%F0%9F%9A%9AFree-Shipping-for-West-Malaysia%29-Perfect-Mix-BL811D-i.14896121.4727235025

Produk keluaran Tefal sememangnya berkualiti tinggi dan tahan lama, begitu juga dengan blender keluaran mereka ini. Ia mempunyai sistem penyejukan bagi mengelakkan motor blender menjadi terlalu panas apabila berada pada tahap maksimum dengan 28,000 putaran setiap minit. Malah, ia mempunyai 6 bilah anti-karat serta didatangkan dengan kelajuan berbeza bagi memudahkan penggunaan harian anda.

Anggaran harga: RM539.00+

10. Black+Decker Perfect Fusion 1.5L Multifunction Glass Jug Blender L600V

Kredit: https://bestbuyget.com/blender-malaysia/

Produk keluaran Black+Decker ini bukan sahaja berfungsi dengan baik, malah ia juga mempunyai pelbagai fungsi tambahan dalam satu produk sahaja. Adakah anda tahu bahawa ia juga mempunyai 5 kelajuan yang boleh dilaraskan mengikut kegunaan anda? Bukankah itu amat menyenangkan agar bahan anda dapat dikisar dengan lebih bagus mengikut cita rasa anda sendiri. Walau bagaimanapun, anda memerlukan ‘adapter’ untuk menggunakannya di rumah kerana ia tidak menggunakan ‘power plug’ yang sama seperti kita.

Anggaran harga: RM99.00+

JADI,

Sebelum membeli blender di rumah, ketahui dahulu keperluan anda yang merangkumi sebanyak mana ia akan digunakan, ciri-ciri apa yang anda mahukan, berapakah bajet yang anda punya dan faktor-faktor lain yang sesuai.

Setiap blender mempunyai fungsi sama, jadi pilihlah sesuatu berdasarkan kemampuan dan fungsinya.

SUMBER

https://productnation.co/my/6118/best-blender-brands-reviews-malaysia

https://bestbuyget.com/blender-malaysia

https://productshideout.com/my/appliances/small/best-blenders-malaysia/

Summary
10 Blender Terbaik Bagi Kegunaan Di Dapur Anda
Article Name
10 Blender Terbaik Bagi Kegunaan Di Dapur Anda
Description
Produk seperti blender haruslah dipilih dengan teliti agar ia boleh dipakai lama dan tidak berkarat. Jadi, jom lihat 10 blender terbaik yang anda boleh dapatkan!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: